IKLAN

Friday 6 July 2012

Tun Mahathir: Kenapa Lim Kit Siang Benci Saya


BlogPingTool.com
Mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir mempertikaikan mengapa Lim Kit Siang membenci beliau (“Saya tidak tahu kenapa beliau sangat benci saya”), sambil menolak tuduhan Lim berhubung kewujudan ‘Mahathirisma’.  Beliau mengulas dakwaan Lim bahawa beliu cuba menyuntik politik memecah-belah kaum menjelang pilihan raya umum ke-13 untuk memastikan kemenangan BN. Lim juga menuduh Mahathir menyemai kebimbangan di kalangan Melayu bahawa pengundi Cina sebagai ‘kingmaker’ dalam pilihan raya akan datang.


Terus terang dikatakan, sebenarnya bukan Lim seorang sahaja yang membenci Mahathir tetapi ramai lagi di luar sana orang membenci Mahathir kerana perbuatannya masa lampau dan kini kebencian orang ramai berterusan kepadanya selepas beliau bersara.  Teringat kata-kata Allahyarham Hj Fadhil Nor yang mendoakan supaya umur  Mahathir  panjang supaya dapat melihat apa akan terjadi kepada politik negara ini berikutnya.


Sekarang ahli Umno yang pandai dan bijaksana ialah Mahathir seorang sahaja, ahli lain yang pandai berada dalam PKR dan PAS.  Mahathir sepatutnya bersara dengan sejahtera.  Beliau boleh menulis perkara-perkara yang baik yang boleh diteladani oleh orang ramai bukan menambah kebencian dengan menulis kata-kata menghina dan memfitnah sesama insan.  Kerana terlalu bijak beliau pula  cuba menghina Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan mencadangkan supaya   diberi masa 5 hari kepada Anwar merasa menjadi Perdana Menteri  jika pakatan rakyat kalah dalam pilihan raya ke-13.   Ini bukan bijak, ini bukan satu siri raja lawak tetapi  ini bagang namanya. 


Tindakan Mahathir akhir-akhir ini banyak  menggambarkan kekalutan di fikirannya, apabila jelas dan terang parti Umno baru yang dihidupkan oleh beliau (setelah diharamkan) sedang meronta dalam keadaan nyawa-nyawa ikan menanti putus nyawa sahaja.


Ada orang  berpendapat, semakin  Mahathir  diberi ruang bercakap, akan lebih memudahkan lagi Umno BN dikapan dan ditalkinkan.  Biarlah Mahathir terjun dengan labu-labunya.  Janganlah Mahathir menganggap  semua rakyat Malaysia menyanjung beliau.  Semua orang tahu cakap Mahathir yang merapu tersebut  umpama  orang yang sedang  menunggu saat  hidupnya dinoktahkan.

No comments:

Post a Comment