“Apa yang dijanjikan bukan slogan tapi kalau kita
lihat selepas satu kelompok, satu kelompok lagi mendapat imbuhan dari agenda
transformasi negara”.
Dalam ucapannya Najib telah menyebut semua yang telah dilakukan oleh
Barisan Nasional dalam membantu rakyat. Yang
menarik dalam ucapannya ialah umpama merayu undi seperti berikut:
"Begitu banyak kita (kerajaan) lakukan, baru
tiga tahun, cuba bayangkan kita dapat lima tahun lagi”
Kesian. Gaya bahasa Najib hendak menunjukkan bahawa beliaulah Perdana Menteri yang perihatin untuk membantu rakyat (satu kelompok ke satu kelompok dapat imbuhan). Kata beliau, itu baru dilakukan dalam tempoh 3 tahun, dan menyuruh orang membayangkan jika dapat memerintah lagi 5 tahun. Kalau ini dilakukan oleh pakatan rakyat, sudah tentu akan dikatakan negara akan bangkrap.
Sebelum ini Orang Asal telah diperuntukan sebanyak RM30 juta. Ada kemungkinan sebelum PRU ke-13 ini akan diumumkan lagi kelompok ini akan diberi jamban free.
Rakyat Malaysia faham, semuanya kerana pilihan raya.
Rakyat Malaysia faham, semuanya kerana pilihan raya.
No comments:
Post a Comment