Ping Blog
Kerap kali terpaksa mengambil perkataan Tun Mahathir bahawa pemimpin Umno BN
semuanya bodoh-bodoh belaka, yang bijak semuanya berada di dalam pakatan
rakyat. Lihat saja orang yang seorang
ini Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata beliau tidak
pasti tentang dakwaan bahawa pengganas dan komunis cuba meresapi Pakatan Rakyat.
Kenyataan Datuk Mohd Sofian adalah
berhubung dengan keselamatan negara, mengapa membuat kenyataan tiada tindakan.
Sebab itu Pengerusi DAP Karpal Singh mencabar polis Cawangan Khas supaya
menamakan mereka yang didakwa anggota Jemaah Islamiah (JI) dan komunis yang
dikatakan cuba meresapi parti-parti
pembangkang PAS, DAP, PKR dan PSM. Amat malang alasan
untuk menuduh penglibatan DAP dan Parti
Sosialis Malaysia (PSM) dan PKR hhanya berdasarkan terdapat pemimpin-pemimpin
pembangkang sering berulang alik ke Bangkok dan Selatan Thailand dipercayai untuk mengadakan pertemuan
sulit dengan bekas pemimpin Parti Komunis Malaysia (PKM).
Orang faham mengapakah tiba-tiba isu JI
dan Komunis dikeluarkan. Dulu semasa Bersih 2.0 sedang rancak untuk diadakan
tiba-tiba pengikut parti PSM ditahan dan berikutan itu banyak pula senjata dijumpai. Mungkin inilah percubaan kong kali kong jika
untung batu timbul dan untung sabut tenggelam.
Kalau main poker umpama ‘test card’.
Buatlah apa yang patut agar bahagia.
No comments:
Post a Comment