BlogPingTool.com
Semasa Mohamed Morsi,
Presiden Mesir yang baru mengangkat sumpah memegang jawatan, sempat saya ikuti siaran langsungnya yang dibawa
oleh Al-Jazeera. Ucapan Morsi yang
diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris sungguh menyentuh perasaan dan membuatkan
ramai rakyat Mesir menitiskan air mata tidak terkecuali saya.

Presiden Mesir tersebut
tidak putus-putus menyebut nama Allah, AllahuAkbar, AllahuAkbar dan bersyukur
kepada keadaan yang pulih semula. Beliau
merakam dukacitanya kepada pelajar Universiti Mesir yang terpaksa menangguhkan
peperiksaan kerana upacara mengangkat sumpah jawatan beliau diadakan di
universiti tersebut.
Sebenarnya pihak keselamatan
Mesir dalam keadaan sukar
mengaturkan langkah keselamatan untuk Morsi, mana tidaknya Morsi telah menjadi amalannya akan bersembahyang Subuh
berjemaah di masjid. Beliau juga telah
mengeluarkan arahan supaya dikurangkan kenderaan keselamatan yang mengiringi
beliau supaya tidak mengganggu orang ramai hanya disebabkan kereta beliau.
Mohamed Morsi juga menyatakan “Taatlah kepada saya selagi
saya taat kepada Allah”.
AllahuAkbar semoga ini bukannya
satu retorik. Itulah antara peribadi Mohamad Morsi, Presiden baru Mesir yang menggantikan Hosni Mubarak.
Di sini ingin kita tanya kepada Ketua Pengarang, akhbar
Harian Metro apakah tujuan mereka
memaparkan sketsa Mohamad Morsi, Presiden baru Mesir di dalam akhbar
mereka keluaran Sabtu 7 Julai, 2012. Adakah mereka mahu orang ramai
ketawa melihat sketsa tersebut atau mempersendakan misi dan visi Mohamad
Morsi terhadap negaranya Mesir?.
Adakah Harian Metro tidak terfikir dengan perbuatan mereka
ini boleh mengundang buruknya hubungan
diplomatik antara Mesir dan Malaysia.
Janganlah ikut sikap bodoh seorang Menteri yang mahu mendaftar tarian Tor-Tor bangsa
Mendailing sebagai warisan Malaysia yang
menyebabkan kedutaan Malaysia di Indonesia dibaling dengan telur. Kita juga mempersoalkan adakah Harian Metro
telah didalangi oleh golongan Yahudi
bagi memberi imej buruk kepada Morsi
yang mahu memimpin negaranya ke jalan Allah jika mahu membandingkan dengan pemimpin-pemimpin Umno
BN yang ada?
Sebelum ini sudah ada di media maya perbandingan-perbandingan
yang dibuat oleh beberapa blogger (sudah
tentu pro-pakatan) antara Mohamed Morsi,
Presiden Mesir dan Perdana Menteri 1Malaysia, Dato Seri Najib, cara hidup dan
isteri mereka. Beza, amat berbeza. Adakah
kerana ini membuatkan akhbar penjilat Harian Metro bertindak memaparkan
sketsa tersebut?
Janganlah menghina kepada hamba Allah yang cuba melahirkan
sesuatu pimpinan yang baik kepada rakyatnya, ke jalan yang diredhai oleh
Allah.
Ingatlah umat islam tetap bersatu untuk kebaikan walau
dimana mereka berada. Jangan salahkan
orang ramai sekiranya Harian Metro juga akan lebih parah nasibnya jika ia
diboikot dan ditinggalkan oleh ramai. Amin.
No comments:
Post a Comment