Nampaknya apa yang dibanggakan selama ini oleh Umno BN, negeri-negeri
sebagai Fixed Deposit mereka dalam setiap kali pilihan raya umum tidak akan
berlaku lagi untuk pilihan raya ke 13 yang akan datang. Negeri-negeri seperti Sabah, Sarawak dan
Johor yang kerap kali membantu kemenangan BN dalam pilihan raya tidak boleh bergantung harap lagi. Negeri-negeri
ini akan menjadi sokong membawa rebah kepada Barisan Nasional.
Sambutan sebegini tidak berlaku sebelum ini terhadap pentas pembangkang. Sebenarnya rakyat sudah mulai faham bahawa pemimpin-pemimpin yang ada sekarang ini bukanlah untuk mendahulukan rakyat. Perdanan Menteri 1Malaysia, Dato Seri Najib juga faham pemberian RM100 kepada pelajar, baucer buku RM150 kepada pelajar institusi pengajian tinggi, RM500 kepada mereka berpendapatan RM3,000 ke bawah dan bantuan kepada bekas anggota keselamatan tidak juga dapat mempengaruhi rakyat kembali menyokong BN. Ada ura-ura sebagaimana dicadangkan oleh Muhyiddin untuk beri BR1M (Bantuan Rakyat 1 Malaysia) sekali lagi, ini kerana apa yang ditabur sebelum ini pulangannya tidak seperti apa yang diharapkan.
Selepas satu, satu strategi dibuat untuk memenangi hati rakyat. Baru beberapa minggu yang lepas dilancarkan pula
TR1MA (Teksi Rakyat 1 Malaysia) bagi membantu pemandu teksi dalam susidi
insuran dan pembelian tayar untuk pemandu teksi.
Lain yang diharapkan lain pula yang datang. Janji pakatan rakyat bukan tayar tetapi teksi
dan permitnya. Malang sekali kepadu pemandu
teksi jika gula-gula seperti ini pun tidak dapat dibaca dan dinilai.
Dengan perubahan-perubahan mutakhir yang berlaku telah membimbangkan
Najib dan Barisan Nasional. Terutama
politik di Sabah. Walau macam mana kecil
pun masalah di Sabah, Najib tetap akan memberi perhatian dan akan bergegas ke
Sabah untuk meninjau dan menyelesaikan masalahnya. Lebih lagi menyelesaikan masalah
pemimpin-pemimpin Umno di sana.
Benar kata perpatah Langit tidak selalu cerah. Kalau memimpin negara lama mana sekali pun
jika ditadbir dengan baik rakyat akan menyokongnya tanpa berbelah bahagi. Tetapi jika memimpin untuk mengumpul harta
untuk diri dan kroni, cukuplah sampai di sini.
No comments:
Post a Comment