IKLAN

Monday 23 July 2012

13 Mei 1969 Modal Pusingan UMNO

Ping my blog
Siapakah sebenarnya yang mahu melakukan kekacauan ala 13 Mei 1969?  Adakah parti Pakatan Rakyat akan melakukan kekacauan?. Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin dalam kenyataannya kepada anak-anak  muda supaya bersatu di bawah Barisan Nasional untuk mengelakkan berulangnya peristiwa 13 Mei 1969. 

Dengan kata-kata itu seolah-olah peristiwa tersebut akan berlaku sekiranya sokongan tidak diberikan kepada Barisan Nasional sebaliknya kepada pakatan rakyat.  Itulah maksud sebenar Muhyiddin.


Dari kenyataan-kenyatan pemimpin Umno seolah-olah parti DAP yang menjadi pencetusnya.  Kenyataan Lim Kit Siang, Ahli Parlimen Ipoh Timur bahawa pakatan pembangkang sedia memberi  kerjasama penuh dengan BN untuk mengelakkan rusuhan kaum 13 Mei 1969 berulang telah diulas oleh  Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Mansor yang mahu pihak pembangkang perlu melaksanakan apa yang mereka maksudkan dan bukan sekadar memberi janji manis semata-mata.  Ulasan sinis Tengku Adnan umpama   mahu mendapatkan pengakuan Lim supaya perkara ini tidak berlaku.


Sebenarnya orang ramai sangat faham mengapakah perkara sensitif  perkauman ini dicanang dan dicanai akhir-akhir ini oleh pemimpin Umno.  Inilah sikap pemimpin yang bacul sanggup mengadaikan keharmonian kaum yang sedia ada yang telah usahakan oleh Perdana Menteri Malaysia, Alahyarham Tun Abdul Razak.  Pemimpin seperti ini menganggap isu 13 Mei  1969 ini sebagai tangkal hikmat yang boleh dipakai dan dililit di kepala untuk menakutkan orang Melayu. Sekiranya tidak memilih Umno BN negara akan tidak setabil.


Selama ini iaitu sebelum pakatan pembangkang mula mendapat tempat di hati rakyat, tidak kedengaran langsung  berhubung dengan peristiwa 13 Mei dijaja setiap kali 13 Mei muncul.  Mereka yang berada sebelum 13 Mei amat memahami perkara ini dan yang lahir  selepas 13 Mei mereka tidak langsung mengetahui atau ambil peduli tarikh itu.  Apabila parti Umno BN hampir menyembah bumi maka tangkal ini dipakai semula.


Sungguh amat memalukan  dan amat mendukacitakan. Adakah kerajaan Umno BN dengan pemimpinnya  yang ada sekarang  ini berhasrat merobohkan benteng perpaduan negara kerana untuk mengekalkan kuasa?  Yang menjadi persoalan ialah lain-lain parti-parti komponen dalam Barisan Nasional tidak pula membangkitkan isu  13 Mei 1969, cuma Umno saja.


Buatlah apa yang patut Muhyiddin. Turunlah  berjumpa rakyat,   jaja di mana-mana ceruk rantau untuk menakutkan orang Melayu.  Rakyat tidak sebodoh apa yang disangkakan, sebaliknya rakyat merasa sedih dan kesian melihat  kebodohan pemimpian sebegini.

No comments:

Post a Comment