IKLAN

Monday 16 July 2012

Hassan Ali Memfitnah Azmin Dan Anwar


BlogPingTool.com
Hassan Ali memperjuangkan Melayu, Islam dan Raja melalui Jati dimana beliau menjadi Presidennya.  Sebagai seorang pejuang kepada bangsa Melayu beliau mengutuk bangsanya, sebagai seorang pejuang Islam beliau memfitnah individu seagama dengannya. Sebagai pejuang mempertahankan Raja beliau diam apabila ada orang yang mengutuk Raja.  Adakah orang sebegini boleh diberi title sebagai pejuang?


Begitulah Hassan Ali yang keluar daripada kulitnya.  Di pihak manakah atau menjadi wakil kepada siapakah yang sedang diperjuangkan oleh Hassan Ali.  Jelas sekarang Hassan sudah berpatah arang berkerat rotan dengan gabungan pakatan rakyat iaitu Pas, PKR dan DAP.  Setiap kali ceramah parti-parti inilah yang diputar dan dispin dengan pelbagai cerita rekaan dan fitnah yang tidak tergambar oleh kita yang terpancul dari mulut Hassan Ali.  Beliau memang seorang yang ‘desprate’, seorang yang tidak pedulikan halal haram, dosa dan pahala.  Yang penting sasaran beliau tercapai.


Sekarang orang yang hadir mendengar ceramah Hassan sebenarnya ingin mengetahui, apakah yang akan diputar oleh Hassan dalam siri ceramah beliau.  Bolehkah orang percaya ‘the cow jumped over the moon’. Sayang seribu kali sayang seorang yang dikatakan pakar motivasi kini telah tersasar jauh dari landasan hidup beliau.  Jika ada anak-anak yang pernah singgah dan bermalam di summer camp beliau (dengan berbayar) melihat Hassan sekarang sudah tentu akan merasa hampa dan menangis kesedihan melihat seorang yang pernah dikatakan lembut dahulu telah begitu bacul mengeluarkan fitnah terhadap insan seagama.





Lihat kepada video youtube bertarikh 10 Julai 2012 ceramah Hassan yang memfitnah Azmin Ali dan Dato Seri Anwar Ibrahim dikatakan berkongsi isteri Azmin bernama Samsidar.  Tanpa berlapis terus mengucapkan fitnah terhadap ketiga-tiga insan tersebut.  Inikah yang dikatakan pejuang Islam?. Adakah Hassan telah melihat sendiri orang yang difitnah tersebut melakukan penzinaan?  Inilah tuduhan sesama manusia yang dosanya sekira tidak dimaafkan tidak akan merasa syurga.


Hassan sekarang keseorangan. Lihat sahaja gambar beliau yang sedang bermain karom umpama seorang yang kehilangan sesuatu. Seperti tidak dipedulikan orang. Orang akan melihat beliau pada hari ini yang ke hulu ke hilir tanpa tujuan.  Serba salah.  Cakap dan gaya Hassan sama nadanya dengan Ezam dan Ummi.  Saya ada 6 kotak, saya ada bukti baru, saya ada bukti video. Tetapi sehingga kini tidak ada satu pun boleh menarik orang untuk mempercayai walau sesaat kata-kata mereka.

Semoga Allah memberi hidayah kepadanya.

No comments:

Post a Comment