IKLAN

Tuesday 17 July 2012

Kementerian Pengajian Tinggi Minta 10,000 Hadir Majlis Pelancaran 1M4U

BlogPingTool.com
Selepas dimalukan oleh orang ramai pada majlis Hari Koperasi Negara yang diadakan di Bukit Jalil pada 14 Julai 2012 dengan beramai-ramai meninggalkan stadium Bukit Jalil semasa Perdana Menteri 1Malaysia sedang berucap dan gangguan bunyi air-horn,  pada esoknya pula 15 Julai (Ahad) Majlis Pelancaran 1Malaysia For Youth (1M4U) diadakan pula di pesekitaran Esplanade KLCC.


Sambutan menggalakkan yang rata-rata terdiri daripada belia-belia lelaki dan perempuan, sudah tentu datangnya daripada kolej-kolej dari university.  Najib dan jemaah yang berada di atas pentas menyanyi bersama orang ramai antaranya lagu-lagu  1Malaysia, 1M4U dan lagu-lagu dari artis jemputan.

Rupa-rupanya kehadiran ramai pada hari tersebut adalah di atas arahan melalui pekeliling di keluarkan pada 11 Julai oleh Kementerian Pengajian Tinggi yang meminta penyertaan 10,000 orang belia termasuk 1000 orang dari kolej komuniti terlibat.  Pekeliling tersebut menyatakan T.Shirt dan Topi akan diberi dan makan minum pelajar akan disediakan. Tuntutan perjalanan dibenarkan dibuat di atas tanggungan jabatan masing-masing melalui Pekeliling Perbendaharaan yang sedia ada.

Begitulah amalan selama ini yang dilakukan oleh pihak kerajaan terutama yang melibatkan Perdana Menteri 1Malaysia, Najib bagi menampakkan ramai yang datang ke majlis-majlis tersebut. Sekarang majlis-majlis seperti ini banyak menggunkan wang rakyat untuk menaikkan imej Najib untuk menunjukkan sokongan rakyat  kepada Umno dan Barisan Nasional telah meningkat.

Buatlah apa yang patut selagi ada kuasa, esok jika tiada kuasa tangan pun orang tak akan cium.  Di bawah diperturunkan antara program yang telah dijalankan sebagaimana digambarkan dalam klip video youtube. Sila klik pada video.







No comments:

Post a Comment