Sahih
sudah Ahli Parlimen Tuaran Datuk Seri Wilfred
Bumburing dan Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Lajim
Ukin mengumumkan perletakan jawatan mereka masing-masing.
APS adalah
didominasi oleh suku etnik Kadazan-Dusun-Murut, diketuai oleh Wilfred Bumburing, manakala PPS yang dominasinya Melayu-Islam diterajui Datuk Seri Lajim
Ukim. Pelancaran kedua-dua pertubuhan
tersebut pada 29 Julai 2012 disaksikan
sendiri oleh Dato Seri Anwar Ibrahim sebagai tetamu jemputan.
Sebagai
Perdana Menteri, Dato Seri Najib dan TPM Tan Sri Muhyiddin sudah tentu
bimbang, walau bagaimanapun sebagai
mengulas pada perkara ini Najib menyatakan beliau tidak terkejut dan sudah
menjangkakannya berdasarkan tindakan dan
ucapan Lajim yang bertentangan dengan
dasar parti sebelum ini. Nampak juga kekesalan Najib apabila beliau berkata "Kita terima hakikat di antara kita
ada yang berbeza pendapat tetapi boleh diselesaikan dengan saluran yang betul
sama ada cepat atau lambat."
Perletakan
jawatan Lajim dan Wilfred bermulalah
tsunami politik di negeri bawah bayu ini. Rakyat Sabah sebenarnya mahukan
satu perubahan. Rakyat Sabah
sebenarnya tercari-cari siapakah pemimpin yang boleh melakukan perubahan untuk mereka menjauhkan
diri dari Umno BN. Mereka lebih
mempercayai orang tempatan. Kedatangan
Anwar Ibrahim tidak cukup kuat untuk mereka melakukan perubahan. Dengan wujudnya APS dan PPS maka telah ada
ruang untuk mereka melakukan perubahan tersebut. Selama ini sindiran Najib
mengatakan Kelantan negeri yang termiskin
di Malaysia sebenarnya tidak langsung dipercayai bahkan mereka faham
bahawa Sabahlah yang termiskin di Malaysia. Mereka telah dapat melihat apakah
yang telah dilakukan oleh BN dan Umno yang
menggantikan Usno.
Dayung sudah ada ditangan. Persolannya sekarang apakah muslihat Datuk Seri Lajim Ukim tidak
mengumumkan perletakan jawatannya sebagai Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan
dan juga ahli Umno?. Adakah beliau
mahu melihat dan menunggu bagaimana Najib akan membuat keputusan terhadap beliau dalam kemelut ini? Tunggu.
No comments:
Post a Comment