IKLAN

Friday 27 July 2012

Saya Pilih Malaysia, I Choose Malaysia

Ping my blog
Pilihan raya sah sudah hampir di depan mata, ini berikutan terdapatnya iklan iaitu  satu kempen walaupun tidak spesifik tetapi orang ramai dapat membacanya iklan tersebut adalah dari  kerajaan Barisan Nasional  dengan bertajuk ‘I Choose Malaysia” atau “Saya Pilih Malaysia, atau secara simboliknya pilihlah BN atau umpama memberitahu rakyat supaya memilih atau mengundi untuk  1Malaysia.

  
Bagi orang ramai jika dikemukakan soalan sudah tentu sebagai rakyat negara ini  akan memilih Malaysia. Nampaknya iklan ini adalah penentu nasib umpama untung sabut timbul, untung batu tengelam. Ia akan memakan diri sendiri kepada yang mengeluarkannya. Ini kerana mana mungkin rakyat Malaysia tidak memilih Malaysia iaitu tanah tumpah darah mereka.  Di sinilah mereka dilahirkan, hidup bersekolah dan bekerja.  Iklan ini setidaknya menyuruh rakyat berfikir, apakah menyebabkan  mereka memilih Malaysia.


Walaupun iklan ini tidak mengaitkan parti politik mana, tetapi orang ramai faham bahawa ia adalah dari pihak pemerintah.  Manakan tidak, sedangkan digerabak keretapi boleh dipamirkan gambar Perdana Menteri 1Malaysia inikan pula terbentang ruang di media kawalan  mereka.


Sebelum adanya iklan ini rakyat sudah pun membuat keputusan dan bertekad bahawa Malaysia seharusnya mempunyai pemimpin-pemimpin yang baik, berintegriti, yang boleh menyumbang dalam pembangunan negara, bermoral tidak dilanda skandal, rasuah dan salah guna kuasa. Rakyat juga mahu  Pasukan Polis (PDRM), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Badan Kehakiman dan Jabatan Peguam Negara dan Suruhanjaya Pilihan Raya adil dan berkecuali bebas dari sebarang pengaruh.

Parti mana yang boleh membuat perubahan maka  parti itulah akan dipilih untuk Malaysia.


Rakyat tetap akan memilih Malaysia, bangsa-bangsa Bangla, Vietnam, Kemboja, Indonesia dan rakyat asing tidak akan memilih Malaysia kecuali mereka dianugerahkan taraf warganegara, maka   I Choose Malaysia or BN.

3 comments:

  1. -- apabila winner candidate lebih mustahak dari rakyat marhain.. tibalah sumpahan keramat marhain dimakbul Allah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih di atas komen anda. InsyaAllah cahaya sudah ada apa yang penting ialah seluas manakah jendela pembaharuan akan dibuka oleh orang-orang yang mahukan peruabahan tersebut.

      Delete