“Berilah saya sepenggal lagi”. Itulah kata-kata Najib, merayu kepada rakyat
Malaysia supaya memberi mandat kepada BN sepenggal lagi atau lima tahun lagi
untuk memerintah Malaysia ini. Janji
Najib jika diberi peluang beliau akan membawa lebih pembangunan untuk
negara. “Percayalah saya, kerajaan akan
terus menjuarai negara membangun dengan sokongan rakyat.
Disamping merayu supaya diberi peluang lagi, Najib dengan angkuh menyatakan “Saya yang bawa perubahan bukan pembangkang”. BN di bawah pentadbirannya membawa perubahan sebenar, oleh itu rakyat tidak perlu mengambil risiko dengan berubah demi janji-janji pembangkang. Bagaimana rakyat mahu memberi sokongan. Disatu ketika membuat rayuan dan di sudut yang lain memperlekeh orang lain. Sebenarnya rakyat selama ini telah mengambil banyak sangat risiko yang besar mengundi BN, tetapi yang datang ialah bala buatan Umno BN. Oleh itu rakyat sudah ada pilihan mereka dan juga akan mengambil risiko untuk mengundi pakatan rakyat. Untung sabut timbul dan untung batu tenggelam.
Umno BN sebenarnya perlu dimasukkan ke ICU, ini kerana terdapat
pelbagai penyakit kronik yang sukar untuk dirawat. Kerana selamanya hidup senang, pemimpin dan
kroninya sudah lupa bahawa ada perkara harus dijaga. Apabila umur mencapai 51 tahun berkuasa (Najib ambil alih) baru
teringat akan rakyat didahulukan – rakyat akan dikenakan dahulu, tetapi slogan tinggal slogan. Selepas itu
apabila sudah nazak baru mahu membuat
kebajikan yang ‘sementara’ melalui BR1M
(Bantuan Rakyat 1Malaysia). Pun tidak
menjadi juga. Maka terpaksa jual muka
merayu kepada rakyat supaya memberi peluang untu sepenggal lagi memerintah negara. Kepercayaan rakyat sudah tiada lagi, nampaknya harapan tinggal harapan. Tidak perlu dengar 'Rayuanku'.
Sudah Cukup Sudah. Sudah Cukup Sudah.
No comments:
Post a Comment