Gabongan Pakatan Rakyat yang terdiri
daripada parti PKR, Pas dan DAP akan
menubuhkan satu suruhanjaya bagi menyiasat skandal Barisan Nasional sekiranya
berjaya menawan Putrajaya. Begitulah apa
yang disuarakan oleh Datuk Saifuddin Nasution Ismail (gambar), Setiausaha Agung parti Keadilan
Rakyat (PKR). Tugas suruhanjaya tersebut adalah untuk memfokus kepada skandal
pembaziran wang rakyat yang melibatkan pemimpin besar seperti PKFZ, skandal
NFC, penyelesaian luar mahkamah kes hutang kroni Umno Tajudin Ramli terhdap
syarikat berkaitan kerajaan (GLC).
Kenyataan Saifuddin ini merupakan satu amaran
dan juga mungkin antara satu manifesto yang baik untuk pakatan rakyat dalam pilihan raya akan
datang. Rakyat tentu setuju dengan cadangan Saifuddin tersebut. Jika ini menjadi kenyataan maka penyapu baru
akan menyapu bersih kekotoran dan kemungkaran yang dilakukan oleh kerajaan Barisan
Nasional. Sebab itu Tun Mahathir tidak
duduk diam, beliau bercakap apa sahaja yang enak-enak mengutuk Datuk Seri Anwar
Ibrahim dan pakatan rakyat. Beliau telah
dapat membaca sekiranya pakatan rakyat berkuasa di Putrajaya inilah perkara
yang akan dilakukan oleh pakatan rakyat. Tapi Mahathir kata dia tidak takut
pakatan menguasai Putrajaya, yang ditakutinya jika beliau dituduh dengan tuduhan
palsu. Samalah maknanya Tun.
Kita juga ingin lihat apa yang
diucapkan oleh Saifuddin tersebut menjadi kenyataan. Apa yang penting ialah pakatan rakyat
memegang kuasa di Putrajaya terlebih dahulu.
Allah akan memudahkan sesuatu perkara yang baik, InsyaAllah.
No comments:
Post a Comment