IKLAN

Wednesday 19 September 2012

Mahathir: Pemberian Tunai Hampir Serupa Membeli Undi

Ping site
Tun Mahathir tidak bersetuju dengan amalan memberi wang tunai oleh kerajaan kepada rakyat kerana ianya hampir serupa membeli undi.  "Jika anda memberi rakyat wang, maka mereka menyokong (anda),"  Menurut beliau “pemberian tersebut  mungkin bukan membeli undi tetapi 'sangat hampir ke arah itu'.  Nampaknya Mahathir menjawab soalan yang dikemukakan kepadanya secara berlapik.

Mahathir sendiri maklum bahawa inilah amalan parti Umno dari peringkat cawangan, bahagian, peringkat pemimpin dan juga kerajaan Barisan Nasional. Amalan ini umpama ‘saka’ yang ada di dalam tubuh badan mereka dan amat sukar untuk ditarik keluar dan dipulihkan.

Jika tidak diumpan dengan wang mana mungkin sesuatu majlis tajaan Umno boleh mendapat kehadiran yang ramai. Kerana pemberian  wang juga boleh menampakkan stadium Bukit Jalil diwarnakan merah semasa pelancaran Gelombang Merah.  Apa yang dilakukan oleh kerajaan sekarang  adalah hanya merupakan pelan jangka pendek.  Tidak semua pemberian tunai tersebut dapat menarik orang ramai supaya menyokong Umno BN.  Pernah Tok Guru Nik Aziz berkata ‘jika diberi ambil tapi memangkah jangan”.

Pemberian tunai BR1M sebenarnya bukanlah satu pemberian yang ikhlas untuk membantu rakyat sebagaimana slogan rakyat didahulukan.  Ini kerana selepas 55 tahun baru timbul atau terfikir mahu memberi rakyat RM500, baucer buku RM200 dan pemberian RM3,000 dan baucer tayar untuk teksi.  Ketika  kapal BN mengalami kebocoran  di sana sini dan sedang menunggu masa untuk tenggelam baru memandang dan melutut kepada rakyat, itupun dengan bersyarat,  kata  perdana menteri 1Malaysia, Datuk Seri Najib “you help me, I help you”.

Tindakan bagi meraih sokongan orang ramai kepada Umno BN melalui BR1M sebenarnya tidak berjaya.  Pernah Tan Sri Muhyiddin mengumumkan bahawa beliau akan membawa cadangan kapada kabinet supaya BR1M diberikan sekali lagi kepada rakyat. Sehingga sekarang cadangan tinggal cadangan. Mungkin sudah ada jawapannya "belum tentu mendapat sokongan. Diberi, ambil, adatnya begitu.  



Oleh itu sungguhpun Mahathir mengatakan pemberian tunai tersebut sangat hampir kepada pembelian undi, yang  jelas maksudnya semua orang faham tujuannya ialah untuk membeli undi.

No comments:

Post a Comment