IKLAN

Saturday 1 September 2012

Sekat Pakatan Rakyat Ke Putrajaya, Mereka Tidak Layak

Blog Ping Tool
Pakatan rakyat akan datang dari setiap sudut, bawah, atas, kiri dan kanan untuk  menguasai Putrajaya.  Pakatan rakyat akan mempertahankan janji mereka bahawa mereka akan mengambilalih Putrajaya.  Maka perdana menteri 1Malaysia Datuk Seri Najib dengan  lantang menyatakan di hadapan ahli Umno bahawa  BN akan menyekat pembangkang ke Putrajaya.

Sebelum ini pada Oktober 2010 ketika merasmikan  perhimpunan agung Umno di PWTC  Najib menyatakan "Walau berkecai tulang dan juga badan, walau bercerai jasad dari nyawa. Saudara dan saudari, walau apa pun yang terjadi, Putrajaya mesti kita pertahankan!" .  Selepas daripada itu semasa himpunan Sejuta Belia Mei 2011 Najib juga menyeru  “Di sini, satu juta belia berkumpul di Putrajaya bagi mempertahankan kerajaan. Sanggupkah anda mempertahankan Putrajaya bersama saya?” kemudian diikuti dengan laungan   “pertahankan Putrajaya” sebanyak tiga kali.

Dari gerak badan Najib  nampak jelas kata-kata beliau meminta Umno BN mempertahankan Putrajaya tidak meyakinkan beliau sendiri, intonasi suaranya bagai ada sesuatu yang terpendam dikalbunya samada bolehkah disekat  jika  takdir Allah menghendaki Putrajaya  gugur kepada pakatan rakyat?.  Bergemuruh  suara Najib ke seluruh negara melalui  kaca TV supaya mempertahankan Putrajaya, bolehkah.  Cakap semua orang boleh cakaplah guna bibir dan lidah maa.

Adakah Najib telah diberi taklimat mengenai  himpunan Janji Demokrasi diambang malam Merdeka 55 di sekitar dataran merdeka?.  Lihat lah mereka datang tanpa dibayar  dan tidak disediakan kenderaan untuk mengangkut mereka, tiada cabutan bertuah, mereka sanggup memenuhkan persekitran  dataran merdeka dengan pesnan facebook untuk mengambil bahagian menyambut  kemerdekaan Malaysia.  Tetapi kerana Datuk Bandar yang perihatin hanya tidak mahu terganggu alat siar raya maka dataran ditutup. Pihak polis pula dan cepat dan betul telah mengisytiharkan Janji Demokrasi adalah himpunan haram.

Ini baru di dataran merdeka sudah membimbangkan Najib.  Ini sebenarnya amaran awal untuk Umno BN  supaya bersedia menerima pertukaran pentadbir Putrajaya yang baru yang “layak untuk menduduki Putrajaya” (Najib kata tak layak). Penerimaan rakyat terhadap BR1M amat menggalakkan.  Harus diingat itu bukan pertanda menunjukkan sokongan rakyat.  Rakyat menerimanya kerana itu hak rakyat.  Mereka  masih menunggu satu lagi BR1M sebagaimana dicadangkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang janjinya belum ditepati.

Ada juga berkata sekatan pertama yang sedang dilancarkan oleh Umno BN ialah melambatkan pembubaran  parlimen bagi membolehkan pilihan raya diadakan. Ini tiada masalah, lebih lama menunggu pilihan raya lagi banyak kemungkaran Umno BN akan dapat  dibongkar dan dipaparkan kepada rakyat.  Sekatan kedua pula dikatakan semasa pilihan raya Ke-13 nanti, lampu-lampu Aladin akan digosok dan dipasang bagi menyuluh supaya parti  ‘syaitan yang dikenali‘  ini nampak jelas untuk diundi.

Buatlah apa yang termampu, ingatlah kepada Allah SWT bahawa manusia merancang dan yang menentukan ialah Allah SWT.  Amin. 

No comments:

Post a Comment