IKLAN

Monday 3 September 2012

Najib Malu Sendiri Isu Sultan Dan Kerajaan Selangor Sambut Ambang Kemerdekaan Ke-55

Ping Blog
Akhirnya terjawab sudah apabila usaha kerajaan BN termasuk perdana menteri 1Malaysia Datuk Seri Najib untuk memburukkan kerajaan Selangor dengan melaga-lagakan menteri besar dengan DYM Sultan Selangor terkantoi.

Hebat betul Najib apabila dapat microphone terus saja memburukkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan mengatakan Anwar lebih besar daripada DYM Sultan Selangor sehingga sultan tidak dijemput menghadiri majlis sambutan ambang kemerdekaan.

Maka umpama kilat sabung menyabung bersuara pula kumpulan pembela bangsa, agama dan ketuanan Melayu, Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) Selangor,  yang diketuai oleh Setiausaha Kehormatnya, Azahar Othman membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam meminta pihak polis menyiasat sekiranya ada campur tangan pihak luar dalam pentadbiran kerajaan negeri sehingga Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah tidak dijemput menghadiri perbarisan sambutan Hari Kemerdekaan Ke-55 pada malam Jumaat  30 Ogos lalu.

Tidak sudah dengan itu, tindakan  blogger pro-Umno dengan kerjasama akhbar penjilat terus memutar isu ini 25 jam sehari untuk memburukkan kerajaan pakatan rakyat Selangor terutama menyentuh isu raja.  Inilah sikap orang yang terdesak terutama Umno, dulu sultan dan raja di caci tak cukup gusi, kini pantang saja jika sedikit raja disentuh mereka muncul sebagai pembela.

Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor,  Datuk Mohamad Khusrin Munawi pengerusi Jawatankuasa Sambutan Ulang Tahun Kemerdekaan ke-55 dan Hari Malaysia peringkat negeri Selangor mengesahkan bahawa DYMM Tuanku tidak pernah dijemput untuk malam ambang kemerdekaan kerana Baginda akan hadir pada program rasmi pada sebelah pagi 31 Ogos iaitu Majlis Tahlil dan Doa Selamat di Masjid Negeri.  Inilah penjelasan yang sahih dari seorang yang dipertanggungjawabkan dalam sambutan kemerdekaan peringkat negeri Selangor. Maka ke manakah Najib nak letak muka, niat untuk memalukan Anwar dan kerjaan Selangor tiba-tiba  yang kena libas ialah diri sendiri.

Apa sahaja yang cuba dilakukan oleh Najib dan pencacainya serba tak kena.  Ingatkan memberi bekas rupanya semua kerja ‘syaitan yang dikenali’ memakan diri sendiri.  Bagi pakatan rakyat, semakin difitnah semakin tegap berdirinya. Boleh cuba lagi.


No comments:

Post a Comment