Apa yang tidak dilakukan. Sudah beri Bantuan Rakyat
1Malaysia (BRIM). Sudah minta maaf. Sudah Merayu. Dalam Bajet 2013 perihatin kepada rakyat beri
lagi BR1M 2.0 dan bermacam-macam pemberian diwujudkan sehingga kepada mereka yang berumur
21 hingga ke 30 tahun diberi rebate pula sekiranya membeli smartphone. Reaksi orang ramai dilaporkan sama sahaja “kau bagi aku ambil, bila mengundi?
(sendiri mahu ingatlah). Di satu sudut
sudah tentu Najib gembira melihat orang ramai beratur dan berasak-asak untuk
mengutip wang BR1M 2.0 kelak.
Pembentangan Bajet 2013 dengan tema Memakmur Negara, Mensejahtera Rakyat: Sebuah Janji
Ditepati dianggap lebih
baik daripada bajet alternatif yang dibentangkan oleh Pakatan Rakyat (PR), oleh Presiden Persatuan Pribumi Perkasa
(Perkasa), Datuk Ibrahim Ali. Menurutnya “Bajet ini jelas menenggelamkan bajet yang
dibentangkan PR, dan beliau mengucapkan tahniah kepada Datuk Seri Najib
Razak Menurut Ibrahim
bajet ini “pukul habis”. Ibrahim
seterusnya menyatakan tidak salah membuat bajet untuk memenangi pilihan raya
asalkan member manfaat kepada rakyat. Samalah macam Chua Soi Lek, Presiden MCA mebngatakan rasuah politik tidak salah. Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nazri Aziz mengatakan bajet
Pakatan Rakyat pula adalah bajet bodoh. Sebenarnya beliau sendiri yang bodoh.
No comments:
Post a Comment