IKLAN

Tuesday 11 September 2012

Barisan Nasional Kekal Menjadi Pembangkang Apabila Pakatan Rakyat Berkuasa Di Putrajaya

Ping Blog
Terpanggil  untuk mengulas kenyataan Tun Mahathir iaitu sekiranya pakatan rakyat dapat mengambil-alih Putrajaya, mereka (pakatan rakyat) tidak akan melepas dan menyerahkan kuasa sewenang-wenangnya semula. Bermakna Barisan Nasional akan kehilangan kuasa selamanya dan sukar mendapatkannya semula.  


Ada kemungkinan apa yang dinyatakan oleh Mahathir tersebut boleh terjadi.  Mana tidaknya apabila pakatan rakyat mentadbir dengan jujur, telus, tiada rasuah dan tiada salahguna kuasa sudah tentu rakyat akan menyokong selama mana yang mungkin.  Pakatan rakyat kini belum pun berkuasa lagi tetapi mereka telah bersedia menubuhkan satu badan pemantau khusus untuk membuat pemantauan urus tadbir kerajaan persekutuan di bawah pakatan rakyat.

Jika pakatan rakyat  berjaya menubuhkan kerajaan, mereka akan memastikan  apa yang dijanjikan dalam buku jingga akan dilaksanakan sepenuhnya sebagaimana yang dirancangkan.  Apa yang dinyatakan oleh Tun tersebut adalah tidak benar.  Bukan parti pakatan rakyat tidak mahu melepaskan kuasa tetapi rakyat sebenarnya tidak merelakan dan membenarkannya, mereka tidak mahu memberi undi selain daripada pakatan rakyat.  Maka tinggallah BN tanpa kuasa kelak untuk selama mana yang rakyat mahu.

Rakyat tidak akan menolak sebuah kerajaan yang baik, bukan kebaikan kerana menabur wang bantuan 55 tahun sekali yang dipanggil BR1M.  Mereka mahu sebuah kerajaan yang tulin mahu mengubah nasib rakyat dan bukan nasib kroni. Mereka mahu satu kesatuan dimana rakyat boleh bersatu padu dan bukan sebuah kerajaan yang rasis.   Maka apa yang Tun Mahathir sebutkan tersebut adalah satu perkara yang bakal berlaku apabila rakyat cerdik dan pandai membuat penilaian.

Tujuan Mahathir berkata demikian sebagai satu signal kepada rakyat bahawa sokonglah BN supaya tidak hilang kuasa.  Jika BN kalah maka sukar untuk mendapatkan kuasa semula.  Sebenarnya kapal ini tidak boleh ditumpangi lagi, banyak sangat bocornya.  Selamatkan diri agar tidak tenggelam bersamanya. InsyaAllah.

No comments:

Post a Comment