IKLAN

Tuesday 18 September 2012

Perjuangan Umno Direstui Allah

Ping Blog
“Perjuangan Umno direstui oleh Allah SWT”.  Perjuangan Umno diberkati Allah dalam memimpin perjuangan membela bangsa, agama dan negara.  Itulah kata-kata Perdana Menteri 1Malaysia, Datuk Seri Najib Razak  semasa berucap merasmikan persidangan perwakilan Umno bahagian Pekan, di Pekan.  


Hairan juga bagaimana Najib mengetahui bahawa perjuangan Umno direstui dan diberkati oleh Allah SWT.  Adakah Najib mengetahui Allah merestui dan memberkatinya di dalam mimpinya atau ulama dan imam muda Umno yang menyatakan demikian yang membolehkan Najib membuat kenyataan tersebut.


Diberkati  dan direstui bukan kerja kita.  Itu adalah kerja Allah SWT.  Kita sebagai insan yang kerdil hanya perlu memohon kepada Allah SWT supaya diberkati dan direstui, bukannya terus menyatakan direstui dan diberkati.


Ucapan pemanis begitu bolehlah dibuat di hadapan gerombolan Umno kerana mereka akan menerima sahaja ucapan sebegitu dan akan termakan juga apa yang dinyatakan oleh Najib.  Ini kerana Tun Mahathir ada berkata yang tinggal dalam Umno ialah orang-orang yang bodoh dari syaitan yang dikenali. Tak hairanlah.

No comments:

Post a Comment