Pada 26 September Pakatan Rakyat
telah mengumumkan belanjawan mereka oleh
Datuk Seri Anwar Ibrahim. Belanjawan tersebut
adalah bertemakan ‘Ekonomi Rakyat Negara Berkat’. Antara yang disentuh dalam belanjawan pakatan
rakyat ialah :
Tema:‘Ekonomi
Rakyat Negara Berkat'
Belanjawan: RM233
bilion (Termasuk RM33.5 bilion untuk kebajikan)
Matlamat:
Kebajikan Rakyat, mengawal inflasi dan menurunkan hutang.
Ramalan
pertumbuhan ekonomi: 5.2%
Sasaran
pengurangan defisit: 3.5 %
Tujuh teras
utama:
1.Reformasi dan
ketelusan GLC
2.Membina daya
saing ekonomi
3.Mengangkat
martabat wanita
4.Hasil minyak
untuk negeri
5.Menurunkan
harga kereta
6.Reformasi
membanteras jenayah
7.Perumahan untuk
rakyat.
Selain dari itu:
- Peruntukan RM3
bilion setiap tahun melalui Caruman
Wanita Nasional.
- Penubuhan
syarikat minyak negeri antaranya PetroSabah,
PetroTerengganu.
- Reformasi
syarikat berkaitan kerajaan (GLC) termasuk
membubar 1MDB yang fungsinya
bertindih dengan
Khazanah.
- Penubuhan
Perbadanan Perumahan Negara bagi
meyediakan rumah mampu milik secara
besar-besaran.
- Penurunan Harga
kereta melalui pengurangan cukai
eksasis sebanyak 20 peratus, selain
sistem bidaan AP
dibuat secara terbuka sehingga 2015 sebelum ia dihapus.
- Mengalih sumber
manusia dan kewangan polis kepada
membanteras jenayah selain kenaikan gaji
lima peratus
kepada anggotanya.
- Kenaikan gaji
20 peratus kepada kakitangan perubatan.
- Sejumlah RM15 bilion diperoleh dari dasar penjimatan 10 % daripada perbelanjaan negara
- RM6 bilion dari pendapatan ekonomi yang rancak pada kadar 6%.
Kebajikan Rakyat
(RM33.5 bilion):
- Elaun guru (RM2.4 bilion),
- Wifi percuma (RM1.2 bilion),
- Hapus tol PLUS dan dua konsesi lain dalam tahun pertama (RM6.4 bilion),
- Hapus PTPTN dan pendidikan percuma (RM6 bilion),
- Turunkan harga kereta pada 20 peratus potongan cukai (RM2 bilion),
- Caruman Wanita Nasional (RM3 bilion)
- peruntukan 20 peratus royalti minyak (RM12.5 bilion).
(sumber internet)
Kita akan dapati Menteri Kewangan akan membentangkan bajet
2013 meletakkan belanja sakan mengeluarkan dana negara untuk mengekalkan kuasa Barisan
Nasional untuk tujuan pilihan raya Ke 13 yang bakal di adakan selepas bajet
ini. Kita tunggu dan lihat.
No comments:
Post a Comment