IKLAN

Sunday 2 September 2012

Perkasa Halang Tazkira Anwar Kerana Tiada Tauliah

Blog Ping Tool
Nampak jelas dan tidak perlu bersuluh lagi bahawa PERKASA memang sebenarnya menjadi alat kepada parti pemerintah.  Merekalah penyokong tegar dan setia untuk melakukan apa sahaja tanpa pertimbangan  walaupun mencemarkan rumah Allah.

Lihat apa yang dilakukan oleh sekumpulan manusia yang menggelarkan diri mereka perkasa masuk ke masjid berkasut, menggunakan kasut melemparkannya kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim dan menggunakan ‘loud speaker’ mengganggu tazkira maghrib   yang diberikan oleh Anwar Ibrahim di Masjid Al Hussain Kampong  Pumpong di Alor Setar.


Inilah perlakuan orang-orang yang terdesak, kumpulan yang diumpamakan sebagai syaitan yang dikenali. Telah kerap kali gangguan yang  melibatkan Anwar Ibrahim dilakukan oleh samseng jalanan yang mengharapkan upah sehingga sanggup meredah masjid sesuka hati (lihat gambar).  Anwar Ibrahim telah lali dengan perkara seperti ini.  Beliau bijak mengawal keadaan dari provokasi yang dilakukan.  Beliau beredar dan terus ke rumah imam.

Ada rahmat daripada kejadian tersebut.  Video perlakuan budak-budak perkasa ini telah disiarkan di youtube dan membolehkan orang ramai menyaksikan sendiri kerja jahat mereka. Kejadian ini adalah sebagai penyumbang kepada kejatuhan parti Umno BN dalam pilihan raya yang akan datang.  Dari gambar yang ada dapat kita membuat penilaian. Cuba kita lihat apakah jenis pemuda yang melakukan provokasi tersebut?. Pemuda yang memakai kemeja T bertulis di belakangnya ‘Gerak Khas Perkasa’ dengan berantai dileher.  

Hari ini Timbalan Pengerusi PERKASA Kota Setar Jamaludin Hashim berkata mereka menghalang Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada menyampaikan tazkira di masjid tersebut kerana ketua pembangkang itu tidak bertauliah tetapi jika Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang ingin menyampaikan tazkira di masjid berkenaan, PERKASA tiada halangan kerana beliau bertauliah berbanding Anwar.


Nampaknya banyak perkara yang dilakukan  oleh Perkasa tidak ada nilai langsung.  Ini dapat dilihat sebagai contoh membuat laporan polis hanya kerana Kerajaan Negeri Selangor dikatakan tidak menjemput DYM Sultan Selangor di ambang sambutan Kemerdekaan Ke-55 Malaysia.  Buatlah apa yang patut asalkan bahagia.


Lihatlah video tazkirah Anwar Ibrahim diganggu.

No comments:

Post a Comment