IKLAN

Thursday 20 September 2012

Najib Pertikai Permohonan Maaf Ngeh Koo Ham

Ping site
Ketua DAP Perak merangkap Ahli Parlimen Beruas, Datuk Ngeh Koo Ham telah menulis dalam Twitternya  yang didakwa mempersoalkan bantahan umat islam terhadap filem  anti-islam  Innocence of Muslims.  Dalam tulisannya Ngeh menyebut ‘Khairy mahu umat Islam mengadakan protes terhadap Sam Bacile (pengarah Innocence of Muslims).  Untuk Islam atau untuk kepentingan politiknya. Adakah orang Islam membuang terlalu banyak masa dan tenaga untuk ini”.  


Tulisan Ngeh tersebut telah menimbulkan  kemarahan orang ramai samada dari kelompok parti Umno BN atau pakatan pembangkang. Saya juga tidak setuju dengan tulisan Ngeh tersebut.  Ngeh harus faham umat Islam amat sensiitif sekiranya  agama Islam disentuh dan dihina walau dari kelompok mana sekalipun mereka. Menyedari twitnya mendapat bantahan ramai maka Ngeh telah menarik balik tulisannya serta meminta maaf kepada orang Islam.


Semalam  (20/09/2012) selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno di ibunegara Perdana Menteri 1Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak mempersoalkan keikhlasan permohonan maaf Ngeh Koo Ham tersebut samada benar-benar ikhlas atau tidak.


Sekurang-kurangnya Ngeh menyedari bahawa kata-kata beliau dalam twitternya itu adalah satu kesilapan yang tidak sengajakan, lalu beliau memohon maaf.  Sudah tentu permohonan maaf itu menunjukkan keikhlasannya, "Saya tarik balik dan meminta maaf kepada orang Islam yang tersinggung dengan twit saya, saya tidak pernah maksudkannya begitu."


Kita juga ingin bertanya Najib, adakah permohonan maaf Najib ke atas kesilapan BN lalu diucapkan semasa lawatan di Kedah dulu benar-benar ikhlas atau tidak?.  Kita ingin juga tahu samada Najib sudah membuat permohonan maaf kepada masyarakat Felda selepas menyumpah mereka ‘haram jadah’ ketika majlis pengumuman durian runtuh di Jengka Lapan dahulu.  Belum pula didengar permohonan maaf Najib tersebut.  Jika sudah adakah permohonan maaf tersebut benar-benar ikhlas. Tak gitu?

No comments:

Post a Comment