IKLAN

Friday 14 September 2012

Chua Tee Yong Pengecut Berniat Jahat

Ping Blog
Datuk Chua Tee Yong anak kepada Chua Soi Lek enggan berdebat dengan wakil kerajaan negeri Selangor yang dilantik iaitu Dr Zulkefly Ahmad (Ahli Parlimen Kuala Selangor), Tony Pua (Ahli Parlimen PJ Utara), William Leong (Ahli Parlimen Selayang) dan Setiausaha Politik MB Faekah Husin dengan alasan bahawa beliau hanya mahu berdebat dengan  Menteri Besar  Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim.

Wakil MB Selangor telah datang ke Dewan Belia Antara Bangsa, Bandar Tun Razak, Cheras walau bagaimanapun mereka tidak dibenarkan naik ke pentas untuk berdebat mengenai isu Talam.  Syabas kepada wakil menteri besar Selangor kerana berani datang ke dewan tersebut menyambut cabaran dari MCA.  Peristiwa yang berlaku tersebut ternyata memalukan keseluruhan ahli parti MCA yang mempunyai pemimpin yang rendah akhlak iaitu mempermain-mainkan satu majlis yang sedang dinanti oleh semua orang. Dr Zulkefly Ahmad menganggap  Tee Yong adalah berniat jahat.

Kalau diamati Tee Yong tidak usahlah untuk berdebat dengan menteri besar Selangor, Tan Sri Khalid.  Berdebatlah dengan salah seorang daripada wakil MB tersebut.  Siapa Tee Yong sebenarnya yang bernasib baik memegang jawatan timbalan menteri. Jika debat ini berjalan  mungkin gayanya sama sahaja dengan bapanya, Chua Soi Lek iaitu yang tidak sepadan dengan Lim Guan Eng. Walau bagaimanapun Soi Lek sempat juga mempertahankan anaknya Tee Yong dengan mengatakan anaknya  sememangnya layak berdebat dengan menteri besar Selangor dengan alasan anaknya ialah Ketua Biro Profesional Muda MCA dan juga Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani.

Sepatutnya kerajaan Selangor tidak perlu melayan dan menyahut cabaran MCA untuk berdebat berhubung dengan isu Talam. Keluarkan saja laporan pengauditan bebas dalam website seluas-luasnya supaya mereka faham siapakah empunya angkara berhubung dengan hutang Talam tersebut.  Walau bagaimanapun tidak mengapa ‘kata bersahut gayong bersambut’, maka tidak pula akan dikatakan kerajaan Selangor pengecut.

Disamping rupa-rupanya telah sedia ada samseng-samseng yang menunggu kedatangan wakil-wakil MB tersebut.  Dalam keadaan hingar-bingar debat yang tidak diteruskan tersebut terdapat pergelutan antara kumpulan penyokong MCA dan PKR yang hadir, ketika wakil mahu meninggalkan dewan.  Dalam kejadian tersebut wakil rakyat Rawang, Gan Pei Nei (gambar membuat laporan polis) telah diserang, disepak di bawah sebelah pinggang beliau.  Selain daripada itu pihak polis telah menangkap empat orang pemuda belum diketahui dari pihak mana kerana didapati membawa senjata dan berkelakuan yang mencurigakan. 

Nampaknya parti-parti  syaitan yang dikenali dalam BN sama sahaja perangai dan amalan mereka.  Oleh itu berhati-hatilah berurusan dengan syaitan yang tidak dikenali ini.

No comments:

Post a Comment