IKLAN

Saturday 8 September 2012

Tun Mahathir: Sabah Dan Sarawak Bersabar OK

Ping site
Telah 49 tahun Sabah dan Sarawak berada dalam Malaysia, selama itu jugalah hasil buminya  gas, minyak, dan galian dikeluarkan oleh Petronas, begitu juga hasil balaknya.  Hasil daripada sumber asli tersebut mendatangkan pendapatan berbilion ringgit dimasukkan ke dalam kantong kerajaan persekutuan, dan baki  5% sahaja masing-masing  ditinggalkan untuk Sabah dan Sarawak.

Maka berkatalah mantan perdana menteri Tun  Mahathir kepada rakyat Sabah dan Sarawak ‘bersabarlah menunggu sumber asli dikeluarkan dan pelaburan asing dijelmakan sebelum mendapat  pembangunan seperti semenanjung. "Bersabarlah dan tunggu sehingga sumber alam dikeluarkan dan tidak lama lagi pembangunan akan meningkat."

Inilah dikatakan bekas perdana menteri tidak sedar diri. Selama 22 tahun Mahathir memegang jawatan perdana menteri ‘dah lama dah’ baru sekarang bercakap tentang nasib rakyat Sabah dan Sarawak dan meminta mereka bersabar.  Semasa menjadi perdana menteri apakah yang dibuat?.  Hanya menumpukan usaha meramaikan rakyat Sabah sahaja?  Selepas tidak memegang jawatan tiba-tiba terfikir pula nasib rakyat Sabah dan Sarawak.  Tapi betul juga ‘tugas Mahathir belum selesai’.

Rakyat Sabah dan Sarawak sebenarnya tidak mendapat layanan seimbang dari Barisan Nasional (BN) seperti saudara-saudara mereka di semenanjung.  Bumi yang diberi Allah SWT dengan kekayaan hasil buminya seperti petrol dan gas telah lama disedut dan dikeluarkan, tiba-tiba Tun buat-buat lupa seoalah-olah Sabah dan Sarawak baru semalam menyertai Malaysia lalu meminta mereka bersabar jika mahu membangun seperti rakyat semenanjung.

Tun janganlah cuba mempermainkan hati rakyat Sabah dan Sarawak, hasil bumi yang semakin hari semakin susut dan mungkin akan kontang amat disedari oleh rakyat kedua-dua negeri tersebut.  Sebab itu Ketua Menteri Sarawak, Pehin Sri Haji Abdul Taib bin Mahmud menyuarakan supaya royalti minyak dibincangkan semula.

Alhamdulillah, kenyataan Mahathir ini lebih menyedarkan rakyat Sabah dan Sarawak dan ianya juga sebagai satu rahmat dan faktor bagi memudahkan Umno BN ditalkinkan. Rakyat Sabah dan Sarawak tidak takut untuk berubah dan mereka juga mahu ‘driver’ baru untuk membawa mereka ke satu destinasi selamat untuk cucu cicit mereka.

No comments:

Post a Comment