Ping Blog
Satu tamparan hebat kepada perdana menteri
1Malaysia, Datuk Seri Najib apabila Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM)
membidas Najib kerana projek MRT yang bernilai RM36 bilion tidak langsung memberi
menafaat kepada kontraktor DPMM.
Kontraktor yang bernaung di bawah DPMM dipinggirkan sebaliknya
dianugerahkan kepada kontraktor yang tidak layak.
Presidennya Datuk Syed Ali Alattas, tanpa berselindung
menyuarakan agar Najib jangan banyak sangat buat perkara pelik-pelik. Beliau
turut menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak agar tidak mengulangi
perkara yang sama pada masa akan datang. Nanti generasi akan
datang akan marah kepada kerajaan.
Luahan hati Datuk Syed Ali ini disuarakan pada sidang media selepas Forum Meja
Bulat GLC DPMM di Kuala Lumpur .
Padan
muka Najib. Janganlah kerana ada kuasa
digunakan sesuka hati tanpa mengkaji implikasinya. Tentu Najib terkejut beruk
kerana tidak menyangka kritikan ini datang daripada Dewan Perniagaan Melayu
sendiri, mana janji ditepati untuk membantu kaum bumiputra?. Sebenarnya kritikan tersebut merupakan satu
amaran kepada Najib. Mereka juga tahu
perkara sebenar yang berlaku dalam projek MRT Ampang tersebut.
Isu MRT Ampang telah didedahkan oleh Pengarah
Strategik PKR, Rafizi Ramli iaitu bagaimana syarikat George Kent yang tidak
disokong dalam tender tersebut telah dianugerah projek MRT tersebut dikatakan ada campur tangan Najib. Oleh itu Najib janganlah buat perkara pelik-pelik.
No comments:
Post a Comment