IKLAN

Friday 21 September 2012

Ketika Bantahan Filem Innocence Of Islam Khairy Jamaluddin Gesa Pas Tinggalkan Pakatan

Ping site
Diseluruh dunia umat islam mengadakan demonstrasi anti Amerika Syarikat (AS) membantah filem Innocence of Islam yang menghina Nabi Muhammad SAW dan mencetuskan di seluruh dunia. Di Malaysia semalam (21/09/2012) juga diadakan bantahan tersebut oleh dua kumpulan iaitu  'Xpresi Hijau Kasih Nabi SAW' anjuran Pemuda PAS di hadapan kedutaan Amerika, Jalan Tun Razak, sementara kumpulan kedua anjuran Umno diketuai oleh Ketua Pemuda Khairy Jamaluddin yang berlangsung di Masjid Kampung Baru.

Sebelum ini Khairy  menyatakan Pergerakan Pemuda juga mengalu-alukan Dewan Pemuda Pas untuk turut serta mengadakan bantahan, ini adalah masalah sejagat yang perlu ditangani segera, walau bagaimanapun pemuda Umno akan memutuskan samada bergabung atau sebaliknya dalam mengadakan bantahan di hadapan kedutaan Amerika mengambil kira beberapa perkara antaranya berwaspada dalam hal keselamatan semasa bantahan.

Semalam selesai sudah demonstrasi kedua-dua kumpulan tersebut.  Dari mata kasar dilihat bantahan yang dianjur oleh Pemuda Pas amat berjaya kerana peserta berarak ke kedutaan Amerika Syarikat dengan melaungkan "Hidup Islam", "Hancur Israel", dan "Hancur Amerika", bertakbir dan berselawat berulang-ulang kali.  Mereka juga membakar kain rentang bendera Amerika dan Logo Bintang David yang menjadi lambang negara Israel.  Mereka turut menyerahkan memorandum Pemuda PAS kepada kedutaan AS.  

Sementara itu Khairy  yang mengetuai  Pemuda Umno yang mengadakan bantahan di Masjid Kampong Baru pula telah mengambil pendekatan yang berbeza, beliau telah menggunakan kesempatan tersebut mengkritik pemimpin DAP Perak Ngeh Koo Ham yang didakwa mempertikai bantahan umat Islam dalam isu itu.  Beliau juga menggesa parti PAS meninggalkan Pakatan Rakyat kerana mendakwa DAP tidak menunjukkan perpaduan dalam membantah filem Innocence of Islam itu.

Apa yang mahu diulas di sini ialah  mengapa Khairy tidak mahu menyertai himpunan di Kedutaan Amerika?. Berkemungkinan Khairy hendak menjaga nama baik parti Umno BN dan hubungan dengan Amerika.  Mereka tidak mahu lakukan bantahan di depan ‘rumah’ Amerika. Oleh itu yang melakukannya ialah parti PAS, ini tidak ada kena mengena dengan Umno BN.  Bijak.

Lepas menghentam Ngeh Koo Ham, Khairy menggesa pula parti PAS meninggalkan pakatan rakyat. Bagaimanakah PAS akan mempercayai Umno dan pemudanya sedangkan untuk bersatu mengadakan bantahan mengutuk Amerika dan Israel pun mereka tidak mahu bersama dengan alasan ‘keselamatan’.  Cuba Khairy bertanya dengan Ketua Polis Daerah Cheras ACP Mohan Singh Tara Singh adakah berlaku insiden yang tidak diingini?.  Mereka sebenarnya pengecut untuk berdemo di hadapan kedutaan Amerika.

Mungkin juga benar apa yang ditwitkan oleh Ngeh Koo Ham, Khairy mahu menggunakan untuk kepentingan politiknya.

No comments:

Post a Comment