IKLAN

Friday, 28 September 2012

Bajet 2013 Najib “I Help You, You Help Me”

Ping my blog
Selesai sudah pembentangan Bajet 2013 Kerajaan Barisan Nasional oleh Perdana Menteri 1Malaysia, Datuk Seri Najib. Hampir dua jam diambil oleh Najib membentangkannya, bla bla bla akhirnya apa yang dijangka oleh rakyat ada kebenarannya bahawa bajet yang dibentangkan ialah bajet “I help you, you help me”.

Memang ramai yang menunggu bahawa samada pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) akan diberi lagi oleh Najib.  Rupanya benar.  Tahun 2012 dahulu bajet yang dibentangkan Najib  merupakan bajet pilihan raya, oleh kerana sokongan rakyat tidak berganjak kepada pakatan rakyat, maka pengumuman pembubaran palimen ditangguhkan.  Kini muncul pula bajet 2013 perkara yang sama juga dilakukan oleh Najib.


Bantun Rakyat 1Malaysia (BR1M) pemberian RM500/ kepada ketua isi rumah dikekalkan bagi yang bergaji RM3000 ke bawah.  Pemberian ini dibuka kepada orang bujang pula yang berumur 21 tahun ke atas yang bergaji tidak melebihi RM2000 sebulan dengan bantuan RM250/. Kerajaan juga memberi rebate kepada  belia untuk membeli telefon bimbit.  Penambahan bantuan baucer buku untuk pelajar IPT daripada RM200/ dinaikkan kepada RM250/-. Bantuan RM100 kepada pelajar masih dikekalkan. Untuk mendapat simpati pegawai perkhidmatan awam, Najib telah mengumumkan bonus satu bulan setengah yang akan dibayar secara dua peringkat iaitu Disember dan Januari 2013.  Turut merasa bonus ialah pesara kerajaan di bayar RM500/.  Sebelum itu Najib mengumumkan pesara kerajaan yang telah bersara dalam tempoh 25 tahun akan dinaikkan pencennya dari RM720/ kepada RM820/.

Pembentangan bajet yang dibuat oleh Najib yang diberi tumpuan ramai ialah Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M). Satu perkara yang melucukan atau bolehlah dikatakan ‘hampeh’ apabila Najib menawarkan kepada peminjam PTPTN yang membuat bayaran penuh sekali gus pada akhir tahun ini akan diberi diskaun 20 peratus.  Bagi yang membuat bayaran secara konsisten akan diberi potongan 10 peratus.  Ini yang lucunya, siapakah yang mampu membuat pembayaran sekali gus Hj Najib. Hendak makan pun tak cukup.  Jika hendak bercakap fikir-fikirlah.  Kalau mereka boleh membuat bayaran sekali gus tidak perlulah mereka membuat pinjaman.  Sebab itu pakatan rakyat mahu beri pecuma PTPTN tersebut.

Dalam menggulung pembentangan bajet tersebut, Najib syok sendiri mengutuk dan menyidir pakatan pembangkang. Lagaknya bagaikan Barisan Nasional akan kekal kuasanya dalam pilihan raya yang akan datang ini.  InsyaAllah pakatan rakyat akan mengambil alih Putrajaya, walau bagaimanapun pakatan rakyat harus bersedia juga menanggung beban hutang yang ditinggalkan oleh kerajaan Barisan Nasional yang diterajui  oleh menteri kewangan  yang terhandal dalam abad ini untuk Malaysia.

No comments:

Post a Comment