IKLAN

Thursday 30 August 2012

Pilihan Raya Ke-13 Penentu Survival Umno BN

Blog Ping Tool
Semasa merasmikan mesyuarat perwakilan berkumpulan enam bahagian Umno Selatan Kedah di Kompleks Rakan Muda Baling di Baling,  Perdana Menteri 1Malaysia, Datuk Seri Najib mengingatkan ahli Umno bahawa  pilihan raya umum (PRU) ke-13 akan datang adalah penentu survival Umno dan BN.   Jelas dari kenyataan beliau tersebut  tumpuannya adalah  kepada isu calon boleh menang atau winnable candidates.

Beliau mengingatkan ahli parti Umno tidak melakukan perbuatan yang menyebabkan BN tewas di beberapa negeri.  Beliau tidak mahu politik adu domba, kempen orang merajuk dan kianat berlaku lagi.  Beliau mahukan  supaya ahli parti memberi sokongan dan reda,  jika terpilih sebagai seorang calon Alhamdulillah, tak dipilih pun  ucapkan  Alhamdulillah.

Inilah selalu diperkatakan oleh Najib kepada ahli Umno, supaya menyokong kepada calon yang telah dipilih dan ditentukan oleh pucuk pimpinan parti. Sebagai manusia lebih-lebih lagi mereka yang telah biasa memegang jawatan atau menjadi calon, apabila disentap dan ditarik kesemuanya daripada mereka dan digantikan dengan orang lain sebagai calon maka sudah tentu akan timbul masalah kerana mereka yang tidak dipilih juga mempertahankan bahawa mereka adalah  'winnable candidate' (calon boleh menang).

Inilah yang ditakuti oleh Najib.  Masalah merajuk, mengkhianati (sabotaj) parti   sebenarnya bukan baru ini timbul atau berlaku, cuma  yang ketara sangat ialah pada pilihan raya Ke12 (2008). Perkara ini tetap akan berlaku lagi, lebih-lebih lagi jika pilihan calon winnable  dimasukkan dari kalangan luar daripada pemimpin Umno tempatan yang telah lama dalam sesuatu Bahagian. Membawa masuk pakar akedemik, kumpulan professional, orang-orang tempatan yang dihormati dan dikenali tidak memungkinkan diterima dengan senang hati oleh  ahli Umno tempatan.  Maka tidak boleh dielak  kemungkinan berlaku rajuk dan kianat dikalangan mereka.  Jika ingin melihat perkara ini berlaku atau tidak  tinjau-tinjaulah ke bilik gerakan Umno BN samada bercahya atau pun malap semasa musim kempen kelak.

Sebagai orang lama dalam politik, semestinya Najib faham tentang ini.  Beliau sangat berpengalaman.  Beliau sendiri berkata semasa bersalaman  saja beliau  telah dapat memahami isi hati seseorang.  Beliau juga faham  kerenah dan sikap ahli Umno  “depan kita angguk, belakang kita lain pula jadinya”.

Ramai yang meramalkan apabila terpilih sahaja calon-calon boleh menang untuk pilihan raya yang akan datang ini, ianya adalah satu malapetaka kepada Umno BN.  Sebagimana yang telah diperjelaskan di atas tadi, tiada siapa yang mahu berkorban dengan tenang dan secara sukarela untuk melepaskan apa-apa yang dipegang walaupun sebelum pemilihan garang sungguh bunyinya macam rela tidak terpilih.  Ada juga antara mereka  sekarang ini telah mengisytiharkan mereka tidak akan bertanding lagi untuk memberi jalan kepada ahli lain.  Kononnyalah.  Kita tunggu dan lihat.

Dalam ucapan Najib ada juga diselitkan dengan gurauan "Semangat nak bubar Parlimen...tengoklah dulu".  Kenyataan ini samalah diucapkannya semasa Himpunan Gelombang Merah di Stadium Bukit Jalil apabila beliau berkata tidak sabar-sabar untuk berjumpa agong untuk membubarkan parlimen tapi habuk pun tak setakat air liur dan gusi.

No comments:

Post a Comment