Banyak sungguh pihak-pihak yang mencabar dan mahukan Datuk
Seri Anwar Ibrahim mengemukakan kabinet bayangan Pakatan Rakyat kerana pilihan raya
umum bakal diadakan dalam masa terdekat. Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia
(PERKASA) melalui Ketua Penerangannya, Roslan Kasim berkata rakyat perlu tahu kabinet
bayangan itu supaya perbandingan dan penilaian dapat dibuat mengenai siapa yang
akan diberikan mandat dan kepercayaan untuk membentuk kerajaan.
Bukan Perkasa sahaja membuat cabaran tersebut, Perdana Menteri 1Malaysia, Datuk Seri Najib juga turut mendesak Anwar berbuat demikian. Anwar tidak menyambut cabaran tersebut sebaliknya mencabar Najib mengemukakan senarai nama bakal Menteri Besar Selangor dan Menteri Kewangan jika BN memenangi pilihan raya akan datang.

Sebenarnya Najib tidak perlu risau berhubung rumah tangga pakatan
rakyat. Elok Najib tumpukan hal-ehwal Umno BN,
kerana dalam BN sendiri ‘macam-macam ada.’ Berilah perhatian kepada kapal yang
sedang dimasuki air dan hampir tenggelam tersebut.
Oleh itu percayalah kepada Qada dan Qadar. Jika Tuhan menghendaki ‘Kun fayakun’ maka
berlakulah samada kemenangan atau kekalahan. Manusia merancang Allah SWT menentukan.
No comments:
Post a Comment