Disebalik ramai yang mempertikaikan kemewahan majlis
perkhawinan anak Ketua Menteri Melaka, Mohd Ali Rustam, ramai juga yang
bersimpati dengannya. Mereka menganggap
ada yang sakit hati terhadap Ali Rustam dan cuba mempolitikan majlis tersebut
sedangkan itu adalah hak Ali Rustam mengadakan majlis untuk anak sulungnya.
Banyak faktor mengapakah majlis ini dibuat secara besar-besaran dengan kehadiran ramai jemputan. Ini adalah satu majlis
perkhawinan, sekiranya orang yang datang tidak dijemput maka haram memakan
hidangan tersebut. Sudah tentu ada
jemputan-jemputan khas dibuat disamping jemputan terbuka kepada orang ramai. Jika tidak mana mungkin dapat diadakan hidangan mencukupi. Disamping itu berkemungkinan Ali
Rustam juga ingin menunjukkan bahawa beliau sentiasa mendapat sokongan rakyat
Melaka sehinggakan kunjungan mencapai angka melebihi 100,000 orang
dan seterusnya tercatat di Malaysia Book Of Records.
Ali Rustam dalam satu kenyataannya menolak dakwaan bahawa majlis
perkhawinan anaknya tersebut dibuat secara mewah. Betul kata Ali Rustam, kerana ramai yang datang maka nampaklah
mewah. Apa yang dipertikaikan ialah
sumber kewangan majlis tersebut.
Kerana ingin menyembunyikan sangat-sangat maka semalam
terbuka rahsia. Memang benar apa yang dikatakan
oleh Datuk S Mahadevan bahawa dari penyediaan
makanan sehingga perkhidmatan lain dalam majlis perkahwinan anak Mohd Ali itu diperolehi
secara percuma. Ini berikutan terdapat
maklumat dari kebocoran dokumen dari Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka (PKNM)
menunjukkan bahawa agensi kerajaan negeri itu menaja majlis perkahwinan anak
sulung Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam Ahad lalu. Tiada bil perlu
dituntut daripada ketua menteri dan semuanya percuma. Perkara ini dibangkitkan
oleh Datuk Mahfuz Omar (PAS-Pokok Sena)
ketika membahaskan bajet di Parlimen.
No comments:
Post a Comment