Selamat Aidiladha Dan Selamat Mengerjakan Ibadah Korban
Penulis
hampir menitiskan air mata apabila Nik Aziz menyatakan demikian. Jika diamat-amati tiada seorang pemimpin Umno
yang bersuara membidas perbuatan Lebai Soi Lek dan Naib Pengerusi Wanita MCA
Heng Seah Kie yang menghina agama Islam dan juga memfitnah Nik Aziz. Gerombolan Perkasa sendiri
berbalah, Setiausaha agongnya mengatakan
haram Perkasa mengundi MCA, tiba-tiba presidennya Ibrahim Ali pula meminta ahli
Perkasa akar umbi sokong MCA. Dr Hassan
Jati pula mengeluarkan fatwa ‘syak’ bahawa wujud kerjasama MCA dan DAP dalam
pilihan raya akan datang ini sebagai satu
‘grand design’ bagi MCA membiarkan DAP mewaklli masyarakat Cina
keseluruhannya kerana MCA tidak mendapat sokongan bangsa Cina. Sementara itu Mufti Perak, Sahibus
Samahah Tan Sri Harussani Zakaria turut kesal dan membidas pemimpin yang lemah. Menurut beliau,
undang-undang sudah ada tetapi tindakan tidak diambil.
Maka
daripada apa yang berlaku orang Melayu dan Islam jangan duduk dipersimpangan jalan
masih asyik berfikir lagi jalan manakah
yang harus dituju. Kita harus mengambil kata-kata Tuan Guru Nik Aziz bahawa "Umno tidak boleh diharapkan lagi untuk menjaga agama Islam dan bangsa Melayu", maka satu tindakan melakukan perubahan harus diambil dan
jangan menunggu lama-lama, tinggalkanlah Umno dan Barisan Nasional agar impian untuk membina satu Negara Malaysia Baru, aman, adil, jauh dari rasuah dan salahguna kuasa menjadi kenyataan.
No comments:
Post a Comment