Apa
sudah jadi dengan pertubuhan pendesak
Melayu, PERKASA yang memperjuangkan bangsa Melayu, Agama Islam dan Raja yang mengeluarkan
dua fatwa yang berbeza berhubung dengan kenyataan menghina agama Islam iaitu hukum
hudud yang dikeluarkan oleh presidenya, Dr Chua Soi Lek (lebai Soi Lek).
Dengan semangat yang
berkobar-kobar Setiausaha
Agungnya Syed Hassan Syed Ali mengeluarkan kenyataan
Perkasa tidak akan berkompromi dengan sesiapa dalam masalah Islam. Sudah berkali-kali
PERKASA ingatkan MCA supaya jangan hina Islam dan mana-mana pihak pun jangan
sesekali politikan Islam. Beliau lantas
membayangkan haram bagi ahli Perkasa mengundi calon MCA.
Turut membuat kenyataan ialah Ketua Wira PERKASA Irwan Fahmi Ideris antaranya beliau mengkritik Presiden MCA Dr Chua Soi Lek berhubung penolakan hudud
yang didakwa menghina umat Islam.
Selepas
daripada kenyataan Syed Hassan dan Irwan tersebut, Presiden Perkasa, Ibrahim Ali pula mengeluarkan kenyataan
bahawa beliau akan memastikan dan menyeru anggota Perkasa di peringkat akar
umbi supaya memberi sokongan kepada calon BN termasuk calon MCA.
Dimanakah
silapnya pertubuhan Perkasa ini?. Satu kata haram undi MCA satu lagi kata supaya memberi
sokongan kepada MCA. Sekarang barulah jelas
perjuangan sebenar Ibrahim Ali yang
menerajui Perkasa. Kalau saya menggotai
kumpulan ini, akan mengisytiharkan keluar dari Perkasa dan seterusnya menubuhkan persatuan baru yang
dipanggil PENYEMAK. Perjuangan yang
dibawa tidak memihak kepada partisan, perjuangan adalah demi kebenaran amal
makruf nahi mungkar.
Simpati
juga kepada Syed Hassan dan Irwan Fahmi Ideris yang benar-benar mahu mempertahankan agama Islam (hudud) tersangkut
dipertengahan jalan kerana tindakan presidennya Ibrahim Ali.
Kepada Ibrahim bolehlah
terjun dengan labu-labunya. BIARKAN. BIARKAN.
No comments:
Post a Comment