Bekas
Timbalan Menteri Persekutuan, Datuk Yahya Lampong (kilik) meramalkan Barisan Nasional
(BN) akan kecundang dalam pilihan raya ke-13 yang akan datang dengan hanya
memenangi sebanyak 104 kerusi manakala pakatan rakyat memenangi sebanyak 118
kerusi daripada 222 kerusi parlimen.
Yahaya
yang telah pun menyertai parti PKR meramalkan formula 82+20+16 = 118, iaitu
angka 82 jumlah kerusi pakatan yang akan kekal semasa dimenangi pada 2008, 20 kerusi
dimenangi oleh BN majoritinya Cina dan India beralih kepada pakatan dan 16
kerusi dari Sabah.
Pecahan 27 kerusi semananjung
tersebut akan dikeluarkan kelak. Jangan percaya kepada apa yang diramalkan tersebut.
Ini bukan telik-menelik, ini adalah
gabungan daripada gerak hati daripada orang-orang yang benar-benar menyerahkan diri
pada Allah agar kemenangan berpihak kepada pakatan rakyat.
Apa
yang penting ialah kemenangan. Dari kemenangan diperolehi kuasa. Dari kuasa
inilah akan dapat dilakukan satu reformasi total terhadap agama dan bangsa negara Malaysia,
negara bebas dari rasuah, salahguna kuasa,
adil, harmoni tanpa perkauman. Sekiranya pakatan rakyat tidak mendapat
kemenangan pada pilihan raya ke-13 ini, maka amat sukar untuk bangkit
semula. Serupa juga kepada Barisan
Nasional, sekiranya kecundang dalam pilihan raya ini maka Umno BN tidak akan
bangkit-bangkit lagi. Inilah yang amat
dirisaukan oleh perdana menteri 1Malaysia, Datuk Seri Najib termasuklah Tun
Mahathir.
No comments:
Post a Comment