IKLAN

Monday 8 October 2012

Ketakutan Mahathir Di Tahap Empat

Ping site
“Undi kepada pembangkang sama juga undi kepada usaha jutawan George Soros untuk menjajah Malaysia”.  Itulah kata-kata Tun Mahathir dalam tulisannya di akhbar New Sunday Times. Itu biasalah pada Mahathir, ini bukan soal Soros, jika kerana Soros beliau tidak akan menyebut nama Datuk Seri Anwar Ibrahim.  Ini adalah dendam yang tidak berkesudahan ditambah dengan  ketakutan beliau sudah ditahap empat.

Sebagaimana penulis sebutkan sebelum ini, Mahathir atau syaitan yang dikenali ini tidak senang duduk sejak kebangkitan pakatan rakyat. Beliau akan bercakap dan memburuk-burukan parti-parti gabungan pakatan rakyat dan pemimpinnya untuk ‘survival’ beliau.  Mahathir mengaitkan pula Malaysiakini dan Suaram sebagai NGO yang dikatakan mendapat bantuan soros untuk menjalankan perintah ‘jahat’ bagi meletakkan ‘orang-orangnya’ di tampuk kuasa. 


Inilah dia syaitan yang dikenali, bila terdengar azan lintang pukang melarikan diri.  Sebenarnya rakyat Malaysia sudah tidak memperdulikan beliau.  Cakap beliau umpama anjing menyalak bukit, tidak tergerak langsung dihati orang ramai menerima apa yang diperkatakannya.  Ada juga bagusnya, bila sesekali menyalak sekurang-kurangnya dapat menarik orang-orang yang dulunya taksub meninggalkan Umno BN.


Banyak sungguh kata-kata Mahathir tidak menyenangkan pemimpin-pemimpin  Umno sendiri. Melebelkan Umno BN sebagai 'syaitan yang dikenali’  sesungguhnya merosakkan Umno sendiri. Ini kerana orang kenal Umno kerana pelbagai kemungkaran yang dilakukan tetapi Mahathir telah memberi tokok-tambah dengan perkataan yang tepat iaitu ‘syaitan yang dikenali’ untuk dilebelkan kepada Umno.

Mahathir sengaja mewujudkan hantu bernama Soros untuk menakut-nakutkan rakyat. Pihak pembangkang telah menyatakan bahawa mereka tidak kenal dengan manusia bernama Soros, jadi mana mungkin pembangkang akan menjalankan perintah 'jahat' Soros.  Orang yang benar-benar mengenali Soros ialah Mahathir sendiri.  Lihat saja gambar, berapa intimnya syaitan yang dikenali bersama Soros iaitu  hantu buatan Mahathir.


Maka jenama Soros, Anwar Ibrahim, pengaruh asing, masyarakat sivil, menjatuhkan kerajaan, ingin jadi PM, NGO-NGO diperalat adalah modal harian Mahathir selagi beliau bernyawa.

No comments:

Post a Comment