IKLAN

Wednesday 17 October 2012

Berani Suruh Nik Aziz Letak Jawatan Tetapi Tidak Berani Minta Najib Letak Jawatan

Ping Blog
Tidak sudah-sudah puak-puak yang melompat daripada parti pakatan rakyat ke parti Umno dan parti bebas menyuarakan supaya Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Nik Aziz melepaskan jawatan sebagai menteri besar Kelantan dan juga Mursyidul Am Pas.  Ibrahim Ali  yang pernah ditolong oleh Nik Aziz menggunakan lambang Pas dalam pilihan raya ke 12 di Pasir Mas adalah terawal yang mengutuk Nik Aziz meletakkan jawatan menteri besard engan alasan tidak pandai mentadbir Kelantan menyebabkan Kelantan mundur di bawah pentadbiran Nik Aziz. Berbuih mulutnya meminta Tuan Guru melepaskan jawatan tersebut.


Baru-baru ini bersuara pula Presiden Jati, Datuk Dr Hassan Ali meminta Nik Aziz meletak jawatan sebagai  Mursyidul Am Pas dan tempatnya digantikan dengan Dato’ Dr Harun Din, Timbalan Mursyidul Am PAS.  Kita tidak tahu apakah sebenarnya tujuan Hassan Ali tiba-tiba membuat kenyataan tersebut.  Adakah Hassan cuba mengeruhkan atau mengadu-domba antara kedua-dua pemimpin tersebut?

Orang-orang yang di luar Pas yang tiada kena mengena dengan parti Pas juga turut mengesa Nik Aziz meletak jawatan. Presiden Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (Muafakat), Ismail Mina Ahmad antara individu yang lantang menggesa Nik Abdul Aziz berundur dari jawatan tersebut.  Ismail menuduh Nik Abdul Aziz gagal bertindak secara mursyid sehingga terikut-terikut dengan rentak dan percaturan politik golongan 'Anwarinas'. 


Ketua UMNO Cheras, Datuk Syed Ali Alhabshee berkata, sekiranya Nik Aziz melepaskan jawatan tersebut, Pas akan bersifat terbuka, Pas juga berupaya melakukan transformasi politik demi kepentingan umat Islam serta tidak lagi berada di bawah cengkaman diktator.

Kenyataan puak-puak yang mahu Nik Aziz meletak jawatan sebenarnya adalah ekoran daripada kenyataan Nik Aziz bahawa Pas tetap akan bekerjasama dengan DAP demi mencapai kejayaan dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 meskipun mendapat tentangan daripada ahli Pas di peringkat akar umbi. Itulah pendirian Nik Aziz.  Beliau faham jika mahu menegakkan perjuangan Islam, perkara yang penting ialah memiliki kuasa yang total terlebih dahulu, barulah apa yang cita-citakan dapat  dilaksanakan lebih mudah.  Kuasa adalah segala-galanya.  Janganlah ikut Umno, mereka ada kuasa tetapi takut kehilangan kuasa terpaksa tunduk kepada parti-parti komponennya terutama lebai Soi Lek MCA.  Ada kuasa takut untuk melaksanakan undang-undang Islam. Yang ada ialah bank Islam sahaja.  


Pelik juga mengapa mereka mencampuri hal rumah tangga Pas sehingga meminta Nik Aziz meletak jawatan?  Kita faham pengaruh Nik Aziz cukup kuat.  Nik Aziz umpama 'besi berani' harus dicontohi sebagaimana beliau telah lakukan sepanjang mentadbir Kelantan. Kenapa puak-puak syaitan yang dikenali ini tidak bersuara supaya meminta perdana menteri 1Malaysia, Datuk Seri Najib meletak jawatan?.  Ada telurkah?. Biarkan Umno terjun dengan labu-labunya. BIARKAN, BIARKAN.

No comments:

Post a Comment