Penduduk
Malaysia yang berugama Kristian di Malaysia dianggarkan berjumlah 2.6 juta
iaitu 9.2 peratus (klik) daripada keseluruhan penduduk Malaysia. Jadi bagaimanakah mereka mahu menjadikan
Malaysia sebuah negara Kristian?. Begitulah kenyataan Anggota
jawatankuasa Pusat PAS Mujahid Yusof Rawa, anggota parlimen Parit Buntar dalam
forum "Masih Relevankah Ketuanan Melayu?' di Pulau Pinang. Beliau juga menyatakan penduduk agama Buddha
lebih ramai daripada penduduk kristian, mana mungkin perkara ini dilakukan
ditengah-tengah penduduk Islam berjumlah 67 peratus.
Maka
fikir-fikirkanlah apa yang dikatakan oleh Mujahid Yusof Rawa. Beliau bercakap atas fakta bukan main terjah semata-mata. Sebagaimana yang telah diulas dahulu Nasharuddin
yang hidung tak mancung sedang menyorong pipinya kepada Umno BN. Pilihan raya sudah hampir, jika lambat ‘promote
diri’ nanti gigit jari pula.
No comments:
Post a Comment