IKLAN

Sunday 7 October 2012

Malaysia Selamat. Ali Rustam Di Selamatkan

Ping Blog

Malaysia Selamat

Ketua Polis Daerah Seremban Saiful Azly Kamarudin berkata kediaman keluarga Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hassan dipecah masuk (klik) dalam satu kejadian jam 10 pagi Ahad (7/10/12). Dalam kejadian tersebut satu set televisyen dan dekoder satelit Astro dilaporkan dicuri daripada kediaman yang terletak kira-kira 20 kilometer daripada bandar Seremban itu.  Polis belum menahan mana-mana suspek.



Itulah kejadian yang menimpa Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hassan.  Pencuri melakukan kerja mencuri tidak memilih bulu.  Apa yang penting bagi mereka adalah kesempatan.  Adalah tidak lojik untuk mengatakan pencuri tersebut tidak mengetahui bahawa rumah yang mereka masuki tersebut rumah menteri besar, Negeri Sembilan.


Apa yang menjadi tandatanya, rumah menteri besar tidak dibekalkan pengawal keselamatan ke? Tidak adakah anggota polis bertugas?.  Kalau  ada, maka kita sentiasa berada dalam keadaan tidak selamat.  Rumah yang ada pengawal keselamatan dapat dibolosi inikan tiada?.

Ali Rustam Diselamatkan
 
Ramai yang bersimpati dengan Ketua Menteri Melaka yang menghadapi kontrovesi yang membabitkan majlis perkhawinan anak lelaki beliau di Melaka.  Hishamuddin Tun Hussien muncul untuk menasihatkan Ali,   Ketua Umno Bahagian Cheras, Datuk Syed Ali Al-Habshi juga menyalahkan pembangkang membesarkan isu ini, sementara itu  Ahli Parlimen Tangga Batu Datuk Idris Haron  (klik) tampil membela Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam.

Idris mengatakan  Ali dikenali rakyat sebagai pemimpin yang akan memenuhi setiap jemputan rakyat baik majlis kahwin atau kematian. Maka  penganjuran majlis kahwin anak lelaki Ali dengan kehadiran ramai rakyat adalah sebahagian daripada amalan ketua menteri itu yang akrab dengan rakyat.

"KBSM - kahwin, bersalin, sakit, mati - telah menjadi darah daging Ali Rustam.  Dia tidak melakukannya hanya kerana politik” Idris juga tidak terkejut dengan kesudian ramai tetamu ke majlis tersebut kerana menurutnya Ali Rustam sendiri pernah memenuhi 23 undangan kenduri kahwin rakyat dalam masa sehari.

Tentang ini penulis ‘tabik spring’ diberikan kepada Ali Rustam, yang baik katakan baikPenulis tidak menafikannya.  Ini disahkan sejak tahun 80 an lagi sebelum Ali menjadi ADUN lagi beliau telah mengamalkan KBSM - kahwin, bersalin, sakit, mati  (meminjam kata-kata Idris).  Orang Melaka terutama, di kawasan Sungai Uadang (Melaka Tengah) amat memahami Ali Rustam. Kalau datang sampai ke penanggah beliau jengah. Perkara ini bukan di ada-adakan. Mungkin perkara ini tidak diamalkan oleh pemimpin Umno yang lain jika mahu dibandingkan dengan Ali.

Ali harus ingat, jawatan Ketua Menteri ramai yang telah menjelingnya.  Ramai juga yang berpotensi untuk dibariskan untuk memegang jawatan tersebut.  Ramai juga calon boleh menang atau winnable candidate di Melaka untuk jawatan itu antaranya termasuklah Datuk Idris Haron.  Ini bukan gurauan.

Oleh itu sebagai orang Islam kita wajib percaya kepada Qada dan Qadar Allah SWT.  Ada hikmah daripada apa yang berlaku. Sabau ler.





 

No comments:

Post a Comment