IKLAN

Friday 12 October 2012

Soros Terhegeh-hegeh Nak Jumpa Najib Di Manhattan New York

Ping my blog

 

“SAYA BERJUMPA DENGANNYA KERANA BELIAU MAHU BERTEMU DENGAN SAYA”

Apabila seluruh negara digemparkan (klik) dengan berita bahawa perdana Menteri 1Malaysia, Datuk Seri Najib pernah berjumpa dengan penyagak mata wang George Soros, maka akhirnya dalam keadaan untuk menyelamatkan diri,  Najib terpaksa mengaku bahawa beliau pernah berjumpa dengan Soros dalam tahun 2010.  Menurut Najib pertemuan tersebut diadakan   atas permintaan Soros.


“Ya, saya jumpa atas permintaan dia (Soros), dan selepas Tun Mahathir pun jumpa George Soros.  Saya anggap itu tidak ada masalah, bagi saya nak jumpa George Soros. Maksud Najib bukan beliau yang terhegeh-hegeh tetapi Soros sendiri terhegeh-hegeh mahu berjumpa beliau. Betul ke Jang?.  Memanglah betul kalau  pemimpin Umno buat tak salah, jika pihak-pihak yang menyokong pembangkang jadi salah sebagaimana kata Mahathir mahu jatuhkan pemerintah dan tukar regim.

Cuba kita fikirkan, apakah penting  tersangat-sangat Soros hendak jumpa Najib yang baru memegang jawatan pada ketika itu baru setahun sebagai perdana menteri.  Adakah Soros hendak berwasiat atau sebagaimana kata Mahathir ‘mahu beri perintah’ supaya dijalankan perintahnya.

Sekarang apa sudah jadi?  Inilah kerja puak-puak ini. Semuanya terkejut beruk.  Nak meneruskan fitnah rahsia sudah terbuka dan terngangah.  Ada juga Ngo-Ngo Pro- Najib enggan mengulas pertemuan Najib dan Soros. Ahli Majlis Perunding (MPM) Sahahbudin Embun mendakwa belum membaca laporan tersebut dengan angkuh dan sinis beliau menyatakan  "Itu sahaja yang saya mahu komen. Jadi kamu pergi dan tidur dengan Soroslah." 

Malang sungguh nasib Najib.  Dalam sibuk-sibuk pencacai Umno memfitnah Ngo-Ngo pro-pembangkang, tiba-tiba satu bom jangka meletup maka pecahlah tembelang kerajaan Barisan Nasional yang bahananya tidak tertanggung lagi, maka terpaksalah mengaku pernah bertemu dengan Soros kerana “atas permintaan dia.”  Apa yang hendak dikatakan lagi. Kepada Najib janganlah ambil terlalu banyak ilmu dan nasihat Mahathir, sekarang  Najib terpaksa terjun dengan labu-labunya.

No comments:

Post a Comment