Tiada
siapa di kalangan pemimpin Umno yang muncul membela penghinaan terhadap agama
Islam yang dilakukan oleh Presiden MCA,
Lebai Soi Lek terutama dalam soal hukum hudud. Perdana Menteri 1Malaysia, Datuk Seri Najib
langsung tidak menegur Lebai Soi Lek dan anak-anak buahnya walaupun
bekesempatan melakukannya semasa berucap dalam perhimpunan MCA tempoh hari. Mantan perdana menteri Tun Mahathir
pula mempertahankan MCA yang menyokong berhubung dengan
Malaysia sebuah negara Islam. Perkasa
melalui presidennya Ibrahim Ali menyifatkan kenyataan Lebai Soi Lek tersebut
satu perbezaan pendapat sahaja, beliau pula mengeluarkan arahan supaya akar umbi Perkasa memberi
sokongan kepada MCA dalam pilihan raya akan datang.
Tee Yong anak
Lebai Soi Lek yang baru setahun jagong ini cuba mempertahankan bapanya dan
parti MCA, "Dakwaan kononnya MCA mengkritik Islam adalah satu pembohongan
dan tuduhan serius yang boleh menggugat perpaduan negara ini”. Janganlah cuba menegak benang basah. Bapa kamu Lebai Soi Lek lama sudah menghina
agama Islam, perbuatan Nirmala Sudirman yang bersalaman berlapik tangan
dipertikaikan dan dijadikan modal politik menunjukkan kebodohannya. Tee Yong
kena ingat bangsa Melayu, boleh kamu caci bangsanya, tetapi jangan sesekali kamu hina agama Islam agamanya. Orang Umno yang beragama Islam sendiri tidak
sanggup Islam dihina tetapi kerana mahu jaga periuk nasi maka diam itu lebih
selamat, biarkanlah Hj Najib, Mahathir dan Ibrahim buat kerja bersuara menghina diri
sendiri.
Buatlah
lebih banyak kenyataan-kenyataan menghina agama Islam bagi memboleh dan
menyenangkan MCA tersungkur dan tidak akan bangkit-bangkit lagi bermula dari pilihan raya
akan datang. Sebelum Tee Yong mahu
membela diri, suruhlah bapanya Lebai Soi Lek cermin diri dahulu adakah beliau seorang
yang boleh dianggap suci atau mulia moralnya?. Maka bolehlah Tee Yong dan Lebai Soi Lek terjun dengan labu-labunya.
BIARKAN. BIARKAN.
No comments:
Post a Comment