IKLAN

Monday 1 October 2012

Majlis Perkhawinan Anak Ali Rustam Tercatat Dalam The Malaysia Book Of Records

Blog Ping Tool
Rata-rata dalam blog-blog pro-pakatan rakyat, heboh mereka memperkata dan mempertikaikan majlis besar-besaran perkhawinan anak lelaki sulung Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Hj Mohd Ali Rustam yang dikatakan dihadiri melebihi 130,000 orang.  Ini telah tercatat dalam Malaysia Book Of Records.  Mereka telah membuat andaian sekiranya belanja satu kepala RM10/ maka perbelanjaan yang dikeluarkan oleh Ali Rustam dianggarkan mencapai RM1.3 juta.  Perkara ini bukan saja dipertikaikan oleh DAP Melaka tetapi turut sama  juga pemimpin Pas Melaka.

Ali Rustam bukan baru ini bergiat dalam politik.  Semasa Tan Sri Rahim memegang jawatan Ketua Menteri Melaka pada 1984 beliau memegang jawatan Setiausaha Khas. Pada 1986 beliau juga sebagai seorang ADUN Air Molek, Timbalan Menteri Pengangkutan, Timbalan Menteri Kesihatan dan pada Disember 1999 dilantik sebagai Ketua Menteri Melaka sehingga sekarang  menggantikan Abu Zahar Isnin.


Pada tahun 2009 Lembaga Disiplin Umno telah mengambil tindakan disiplin terhadap beliau kerana terlibat dalam pemberian  rasuah kepada perwakilan Perhimpunan Agong Umno 2009 agar memilih beliau bagi jawatan  Timbalan Presiden Umno.

Sepanjang yang diketahui Ali Rustam tidak pernah menunjuk-nunjuk akan kemewahan dan harta yang dimilikinya.  Berilah  peluang kepada beliau untuk kali ini melunaskan hasratnya menunjukkan inilah kemewahan yang beliau miliki sejak menjadi menteri dan Ketua Menteri Melaka.  Inilah masa untuk menunjuk pun, tidak lama lagi pilihan raya akan muncul. Apa yang penting majlis tersebut bukan dinikmati oleh 1,000 orang tetapi puluhan ribu.  Kita juga pasti kemewahan beliau miliki tersebut bukan hasil mengumpul wang sejak dari kecil. Kepada Datuk Seri selamat menerima menantu.

No comments:

Post a Comment