IKLAN

Monday 15 October 2012

Barisan Nasional Menang Dua Pertiga Kerana Pertolongan Perkasa

Blog Pinger Free
Pada esoknya selepas kesemua keputusan pilihan raya ke 13 diumumkan ia sangat memeranjatkan.  Di sana sini bendera Perkasa mengiringi bendera Umno dan Barisan Nasional dikibarkan. Hairan juga mengapa perkara ini terjadi.  Terlalu banyak panggilan telefon yang aku terima yang tidak dijawab (missed call) kerana tertidur. Panggilan yang diterima adalah dari kawan-kawan yang ingin kepastian adakah perkara ini benar.  Mereka tanya samada aku sudah mendengar berita bahawa Barisan Nasional  telah mendapat kemenangan melebihi dua pertiga (2/3) kerusi parlimen.


“Apa?.” Sungguh  terperanjatnya aku menerima  berita itu. Tidak berlengah lagi tanpa mandi aku terus meluncur dengan kereta keluar dari Segambut ke Menara PWTC.  Dari jauh sudah aku nampak ramai orang berbagai bangsa di sekitaar PWTC.  Mereka  hadir di PWTC tidak membawa sebarang sepanduk atau sebarang bendera parti mahupun bendera Malaysia.  Memandangkan jalan agak sesak, aku terus letakkan kereta dilereng jalan Sekolah Sri Puteri.  Aku tidak sabar-sabar terus bertanya seorang pemuda Melayu yang berjalan di situ apa tujuan mereka ke PWTC.  “Bang BN sudah lingkup,” Jawab pemuda tadi. Sambil senyum aku berbalik ke kereta ku tadi dan pulang ke rumah.


Semasa dalam perjalanan ke rumah aku teringat kembali pada 15 Oktober 2012 (klik) bertempat di Dewan Orang Ramai Kampong Ahmad Said, Ipoh, Perak dalam rapat umum Perkasa Perak, Naib Presidennya, Datuk Zulkifli Noordin berkata Perkasa menyokong serta membantu memenangkan UMNO dan Barisan nasional (BN) pada pilihan raya umum ke-13.  Maka tidak semena-mena dalam berseorang tersebut aku bercakap sendiri “ Cakap bolehlah, sekarang mana mahu letak muka?” ditujukan kepada Zulkifli Noordin.


Tiba-tiba aku mendengar orang memanggil nama ku.  Aku terus terduduk.  Aku bermimpi rupanya. Kata-kata Zul Noordin rupa-rupanya  boleh membuatkan  orang bermimpi dan mengingau. Jangan ambil mudah kata-kata Zul tersebut, sebab bala tenteranya ramai seluruh negara. Biarlah Perkasa dengan agendanya.  Biarlah Zul Noordin terjun dengan labu-labunya.  BIARKAN, BIARKAN.


No comments:

Post a Comment