IKLAN

Wednesday 10 October 2012

Nasharuddin: Doa Malaysia Jadi Negara Kristian

Free blog ping
Bekas timbalan presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa mendakwa (klik) ada satu majlis kesyukuran yang diadakan di Sarawak tahun lalu menganjurkan doa supaya “Malaysia menjadi negara Kristian”.  Ini berlaku selepas pilihan raya negeri Sarawak pada majlis yang diadakan bagi meraikan kemenangan DAP. Beliau berkata demikian ketika membentangkan kertas kerja di program Wacana Pemikiran Dan Peradaban Ummah ke-4: Seminar Dakwah Nasional anjuran Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia.

Apa yang dinyatakan oleh Nasharuddin tersebut tidak memeranjatkan.  Ini kerana beliau sedang berpaut di tiang kapal yang sedang menunggu untuk karam.  Beliau sedang menahan jerat dipergentingan untuk menarik perhatian pihak Umno menjadikan beliau sebagai winnable candidate atau calon boleh menang untuk Umno BN.  Inilah jenis orang yang akan mengambil kesempatan untuk membuat apa sahaja untuk cuba menarik perhatian ke arahnya.  Nasib baik orang ini tidak berada dalam Hiraki tertinggi parti Pas.

Sudah tentu beliau akan katakan bahawa ini pandangan beliau dan tidak bersangkutan dengan parti Pas.  Hari ini pihak parti DAP Sarawak melalui pengerusinya Wong Ho Leng dan setiausahanya Chong Chien Jien telah menafikan perkara ini "Dakwaan itu tidak benar, berniat jahat dan tidak bertanggungjawab," dalam satu sidang mediadi bangunan Parlimen. 

Perkara yang ditimbulkan oleh Nasharuddin tersebut adalah satu perkara yang serius.  Ini adalah satu kenyataan yang tidak bertanggungjawab.  Perkara ini adalah satu perkara sensitif menyentuh hal agama terutama agama islam di negara ini.  Pihak polis harus menyiasat perkara ini,  adakah benar atau ianya sengaja ditimbulkan oleh Nasharuddin untuk manfaat politiknya.

Oleh kerana perkara ini serius, telah menyebabkan dua orang anggota jawatankuasa PAS pusat – Khalid Samad dan Salahuddin Ayub (klik) hari ini mengumumkan memutuskan hubungan dengan bekas timbalan presiden Nasharuddin Mat Isa.  Mereka curiga dan menganggap  apa yang dilakukan oleh Nasharuddin tersebut adalah mengikut arahan "orang di luar PAS".

Semoga apa yang terjadi ini membuka mata pemimpin-pemimpin Pas dan pakatan rakyat bagi mempertimbangkan adakah orang seperti Nasharuddin  ini berbaloi ditatang lagi?.

No comments:

Post a Comment