Naib Presiden Umno merangkap Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein ingin berjumpa
dengan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam tanda simpati akibat daripada pihak-pihak
yang mempertikaikan majlis perkahwinan mega anak lelaki
Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ali Rustam. Hishammuddin mahu memberitahu Ali
Rustam supaya jangan kecewa kerana musim politik sekarang ini. Beliau tidak sempat berjumpa Ali kerana
kesibukan politik sekarang. Beliau minta
Ali jangan terikut-ikut dengan amalan kebencian dan serangan peribadi sehingga
kerja kahwin pun hendak dipolitikkan.
Sekiranya Ali mengatakan perbelanjaan perkhawinan anaknya
digunakan adalah sumber dari simpanan
beliau dari kecil, apa orang nak
sibukkan?. Serupa juga sebelum ini hebuh orang memperkatakan berhubung dengan cincin RM24 juta, bila
diberitahu sumber pembelian dari wang tabungan dari kecil, lepas itu semua
orang diam. Oleh kerana yang dilaporkan
perbelanjaan majlis Ali tersebut adalah semuanya percuma sebagaimana disahkan
oleh Setiausaha Khas Ali Rustam sendiri maka dengan sendirinya ia menjadi tajuk perbualan.
Jika
majlis tersebut diadakan percuma dan tiada apa-apa perlu dikeluarkan
belanja, maka Ali Rustam juga sudah tentu mendapat
keuntungan. Biasanya sesuatu majlis perkhawinan, para
jemputan akan bersalam sampul samada waktu datang atau pun ketika meninggalkan
majlis. Sampul-sampul tersebut tentu berisi. Tak
gitu? Tamat.
No comments:
Post a Comment