IKLAN

Thursday 4 October 2012

Ali Rustam Kata Pembangkang Dengki Dan Iri Hati

Ping Blog
 
Pembangkang memang dengki dan iri hati (klik) terhadap dirinya apabila sengaja memperbesar-besarkan isu majlis perkhawinan  ‘mega’ anak lelakinya.  Perkara itu hanyalah mainan politik pembangkang dan beliau tidak kisah apa yang dilakukan oleh pihak berkenaan.  Itulah antara kata-kata Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam sebagai mengulas kritikan terhadap majlis perkhawinan anaknya.

Kita juga berharap cukuplah setakat ini kita memperkatakan majlis perkhawinan mega anak Ali Rustam yang dilaporkan kehadirannya sehingga 130,000 orang tersebut.  Ini kerana telah diketahui dan dilaporkan bahawa majlis tersebut diadakan secara percuma, ini disahkan sendiri oleh Setiausaha Khas beliau. Majlis ini ditaja oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka (PKNM) tiada sebarang bil tuntutan dikeluarkan kepada Ali Rustam. Perkara ini juga telah dilaporkan (klik) kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Melaka oleh Ketua Pemuda PKR Shamsul Iskandar Mohd Akin (gambar) mengetuai yang rombongan yang turut disertai Ketua Pembangkang Melaka Goh Leong San dan timbalan pesuruhjaya PAS negeri Kamaruddin Sidek.


Nampak jelas kemarahan Ali Rustam.   Ada juga antara kata-kata beliau tersebut tidak lojik untuk diambil kira, apabila beliau menyatakan "Orang nak datang rumah saya sampai 130,000 sehingga dicatat dalam MBR (Malaysia Book Of Records) apa saya boleh buat.” Bolehkah diterima jawapan ini. Sudah tentu penyediaan jamuan telah dibuat untuk tetamu yang ramai tersebut.  Sedangkan tenaga kerja yang disediakan dilaporkan berjumlah 500 orang. "Mereka datang pun kerana mereka menyokong BN,” inilah yang tanjaktinggi maksudkan majlis ini juga untuk menunjukkan beliau sentiasa mendapat sokongan rakyat Melaka. “Yang bukan penyokong BN pun ramai yang datang." Maknanya yang bukan penyokong BN, Ali Rustam tak jemput ke?. Perkara yang melucukan apabila Ali dalam marah berkata  “nasib baik anak saya kahwin kalau saya kahwin lagi ramai orang datang”.  Kalau Ali kahwin sudah tentu lagi banyak wang rakyat dibelanjakan.


Walau apa-apa pun cukuplah sebagai makluman rakyat Malaysia.  Sesuatu perkara yang berlaku ada pengajaran dan iktibar daripadanya.  Allah SWT Maha Mengetahui.

No comments:

Post a Comment