Ketua
Umno Cheras Datuk Syed Ali Alhabshee (klik) melalui blognya meminta jawatankuasa khas
Umno bertindak tegas termasuk menyingkir segera ahli yang khianat (sabotaj) terhadap
parti. Beliau berharap suatu tindakan tegas diambil terhadap mana-mana pihak
yang melakukan khianat dan mensabotaj calon-calon BN pada pilihan raya umum
ke-13 akan datang. Syed Ali menyatakan bahawa yang mensabotaj parti dan
pengkhianat adalah mereka yang memegang jawatan penting dalam Umno, kerana
kecewa tidak dapat sesuatu yang dihajati mereka mula memburuk-burukkan parti dan
pemimpin tertinggi.
Kita
tunggu nanti, saat yang paling memeningkan dan merbahaya bagi presiden Umno dan BN. Apabila
calon-calon boleh menang atau winnable candidate diumumkan kelak, akan
terdengar letupan-letupan suara yang tidak puas hati dan mempertikaikan
calon-calon yang dinamakan tersebut. Maka disaat inilah bermula kerja tradisi
yang diamalkan sejak bergenarasi iaitu khianat atau sabotaj. Kerja inilah yang berlaku dalam pilihan raya
ke-12 (2008) yang telah dihadapi oleh Umno. Sebagai bukti lihat saja kepada
keputusan-keputusan yang majoritinya tipis dimenangi oleh pakatan rakyat.
Pada
pilihan raya ke-13 keadaanya adalah berbeza. Jika
tiada khianat atau sabotaj, sambutan dan sokongan terhadap pakatan rakyat akan
meningkat. Kalau ada sabotaj ahli Umno
terhadap calonnya sendiri lagi memudahkan pakatan rakyat memenanginya. Ini bukan
khayalan, ini betul-betul, ini bukan cobaan. Lihat sahaja sambutan kepada Jelajah Merdeka Rakyat yang sentiasa mendapat sambutan di mana sahaja diadakan, walaupun diganggu oleh mamat-mamat upahan.
Telah
banyak kali Syed Ali menunjukkan kerisauannya terhadap perbuatan khianat dan
sabotaj yang beliau jangka akan berlaku lagi dalam pilihan raya ke-13 ini.
Nampaknya pemimpin Umno lain relak saja.
Biarlah Syed Ali terjun dengan labu-labunya. BIARKAN. BIARKAN.
No comments:
Post a Comment