Jaga Kesucian Agama Islam (klik)
Timbalan
Perdana Menteri (Melayu Dahulu kemudian 1Malaysia), Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta umat Islam
di negara ini memelihara kesucian agama untuk mengelak dikelirukan golongan
yang mengaku pakar tetapi mempunyai agenda lain, terutama politik. Ini
dinayatakan dalam satu Forum Perdana Hal Ehwal Islam anjuran Majlis Gabungan
NGO Melayu Ledang/Muar dan Jawatankuasa Penyelarasan Mukim-Mukim DUN Bukit Serampang
semalam.
Itulah
nasihat sambil berkempen politik dari Muhyiddin.
Memelihara kesucian agama. Mana pergi Muhyiddin bila pelakon Chua Soi
Lek menghina Islam, menghina hukum hudud Pas.
Hukum Hudud Umno pun Soi Lek
perlekehkan. Jangan berselindung dengan
berkata "Sekarang bila disebut Islam, ramai yang mengaku pakar dan mahir
tetapi kalau kita dalami, yang lebih diutamakan mereka bukan agama, tetapi
politik," Kta-kata tersebut menyindir dan menghentam ulama Pas.
Muhyiddin
berkata kerajaan tidak pernah berganjak daripada mempertahankan Islam, termasuk
dengan mengadakan sesi penerangan, menyebar risalah serta menganjurkan forum. Itulah dia pemimpin-pemimpin Umno kalau
bercakap seakan pejuang agama, sambil berkata kerajaan tidak berganjak mempertahankan
Islam. Kerajaan itu siapa? Jakim?. Adakah mereka bersuara mempertikaikan
penghinaan terhadap Islam yang dibuat oleh Imam Chua Soi Lek?
Rakyat amat faham apa yang diperjuangkan oleh Umno
terutama pemimpin-pemimpinnya.
Perjuangan mereka bukan kerana Melayu, bukan kerana Agama dan bukan
kerana mempertahankan Raja tetapi perjuangan untuk perut
mereka, suku sakat dan kroni-kroni
mereka. Hampir semua rakyat Malaysia disuruh berterima kasih kepada mereka Umno
dan BN, tetapi mereka lupa siapakah yang memberi undi kepada BN?. Merekalah
seharus dan mesti berterima kasih kepada rakyat.
Muhyiddin
janganlah hendak bercakap mengenai bab menjaga kesucian agama Islam di
Malaysia. Rakyat sudah mengetahui parti
manakah yang berusaha mahu menegakkan Islam dan menghancurkan Islam di Malaysia ini kerana mahu kekal berkuasa.
Orang
Melayu Sokong DAP, Siapa Nak sokong PAS (klik)
Sementara itu Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin
Yassin juga membidas Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang menyeru orang
Melayu supaya menyokong DAP, dengan berkata, PAS tidak akan mendapat sokongan
lagi jika itu menjadi kenyataan.
Muhyiddin
tidak faham apa yang dimaksudkan oleh Hj
Hadi. Permintaan Datuk Seri Abdul Hadi
Awang supaya orang Melayu memberi sokong kepada DAP, bermaksud beri sokongan
atau undi kepada DAP jika calon pakatan rakyat yang bertanding dalam pilihan
raya tersebut adalah calon DAP. Jangan
pilih atau undi MCA kerana MCA adalah rasis. Bukan bermaksud tinggalkan Pas dan jadi ahli DAP. Ada fahamkah. Agaknya Muhyiddin
tidak diberi taklimat oleh tuan penasihatnya bahawa parti DAP telah memperuntukan bajet yang
besar untuk Hal Ehwal Agama Islam di Pulau Pinang. Sebab itu Haji Hadi menyuarakan beri sokongan
kepada DAP.
Biarlah Muhyiddin terjun dengan labu-labunya. BIARKAN. BIARKAN.
No comments:
Post a Comment