Ping my blog
Bekas
wakil rakyat DAP Kawasan Jelutung yang
melompat keluar dari pakatan dan mengisytiharkan sebagai parti bebas memihak
kepada BN, Hee Yit Foong telah bersuara
bahawa beliau akan mempertahankan kerusi tersebut di bawah tikit Barisan
Nasional dari MCA. Sehubungan dengan itu
pelakon dan merangkap Presiden MCA Chua Soi Lek telah menafikan ada sebarang
persetujuan dengan Hee untuk bertanding atas tiket MCA.

Awal-awal
lagi Hee sudah kena ‘reject'. Mengapakah
beliau mahu kekalkan kerusi tersebut menggunakan tikit MCA?. Adakah kerana
beliau fikir masyarakat setempat akan menyokong beliau sama semasa beliau dalam DAP
dulu. Adakah beliau lupa perbuatan dan
dosa-dosa beliau mengkhianati pengundi-pengundi Jelapang. Hee kena ingat parti komponen BN di Jelapang
juga tidak akan membiarkan kerusi tersebut begitu saja, mereka juga MCA, PPP, Gerakan dan Umno mahukan kalangan mereka untuk dicalonkan dalam PRU Ke-13 nanti. Najib sudah tentu akan meletakkan calon boleh menang atau winnable
candidate. Sekarang barulah Hee nampak jelas bahawa peluang beliau untuk
bertanding dalam parti BN telah menjadi satu masalah walaupun beliau
pro-BN.
Begitu
juga nasib bakal diterima oleh lain-lain wakil rakyat daripada pakatan rakyat
yang melompat meninggalkan pakatan rakyat.
Kita tunggu dan lihat adakah wakil-wakil rakyat (lihat gambar) yang melompat keluar
samada bertaraf Ahli Parlimen seperti Zulkifli Nordin (Parlimen - Kulim Bandar Bharu),
YB Dato' Seri Zahrain Hashim (Parlimen Bayan Baru), Wee Chee Keong (Parlimen Wangsa
Maju), N. Gobalakrishnan (Parlimen Padang
Serai), Tan Tee Beng (Parlimen Nibong Tebal), Mohsin Fadzil Samsuri (Parlimen
Bagan Serai) dan ADUN-ADUN Mohamad Osman Jailu (Changkat Jering), Jamaludin
Mohd Radzi (Behrang) dan Hee Yit Foong (Jelapang) akan dicalonkan menjadi calon-calon Barisan Nasional pada pilihan raya akan datang.


Adakah
mereka bakal dicalonkan oleh Datu Seri Najib bagi ketegori calon-calon boleh
menang atau winnable candidate untuk Barisan Nasional dan membawa lambang dacing
bersama mereka? Kita tunggu dan lihat
untung sabut timbul untung batu tenggelam.
Bagi blog tanjaktinggi jika mefreka ini dicalonkan juga mewakili BN,
maka pakatan bolehlan membuat kenduri kesyukuran. Ini kerana Barisan Nasional telah menggali
lubang lahadnya sendiri yang menunggu untuk ditalkinkan. Biarlah mereka terjun dengan labu-labunya. BIARKAN. BIARKAN
No comments:
Post a Comment