IKLAN

Saturday 10 November 2012

Suhaimi Baba Ajak Bincang Peristiwa 13 Mei 1969

Free blog ping
Pengarah filem  'Tanda Putera' Datin Paduka Shuhaimi Baba (klik) umpama membuat publisiti terhadap filem arahannya berhubung rusuhan kaum yang berlaku pada 13 Mei 1969. Beliau menyatakan kesediaanya untuk berbincang dengan beberapa penulis sejarah berhubung punca insiden itu berlaku untuk mengatasi peristiwa yang dianggapnya ‘trauma’ selama ini. Ini bertujuan  memahami mengapa  rusuhan  tersebut berlaku supaya tidak berulang lagi.   
                       
Pada pandangan tanjaktinggi adalah  membuang masa untuk mengadakan perbincangan mengenai perkara tersebut. Masyarakat Malaysia mengetahui peristiwa ’13 Mei’ tersebut iaitu satu pergaduhan kaum berhubung ketidakpuasan  pembahagian ekonomi negara, dan ketidakadilan pengambilan pekerja-pekerja bumiputra di sektor kerajaan ketika itu. Ini berlaku selepas sahaja pilihan raya di adakan.

Kita juga ingin tahu mengapa Suhaimi Baba beria-ia sangat mengarahkan filem Tanda Putra tersebut.  Adakah tujuannya untuk mengingatkan rakyat Malaysia sekiranya tidak mengawal mulut dan bercakap mengenai perkauman akan berlaku rusuhan kaum.  Adakah Suhaimi mahu mencari kebenaran bahawa peristiwa 13 Mei tersebut berpunca daripada kaum Cina sebagaimana kenyataan beliau “sedia berbincang dengan penulis sejarah “menyebelahi kaum Cina”.

Suhaimi sedar atau tidak sejak kebelakangan ini siapakah yang bercakap tentang perkauman, menakut-nakutkan Melayu terhadap Cina DAP,  jika tidak memberi sokongan kepada BN Melayu akan kehilangan keistimewaan?.  Cina MCA dan Cina Gerakan jenis Cina yang baik, itulah maksud mereka?.  Siapakah yang bercakap depan Cina MCA dan Gerakan lain lagunya, depan MIC berbeza dan depan Melayu lain pula lagunya  tidak menggambarkan langsung sebagaimana  slogan 1Malaysia.

Rakyat tidak berminat untuk berbicang dan bercakap mengenai sejarah  Malaysia.  Ini kerana sejarah Malaysia telah banyak ditukar faktanya.  Majlis Profesor Negara telah mengatakan bahawa Malaysia tidak pernah dijajah oleh sesiapa.   Adakah Suhaimi mahu berbincang mengenai peristiwa 13 Mei 1969 dengan profesor-profesor di Malaysia?.  Sebelum mengadakan perbincangan lagi  Suhaimi sudah menegeluarkan kenyataan mengatakan "versi wartawan barat semuanya berat sebelah”.

Suhaimi kata jangan  sorokkan peristiwa 13 Mei ini bawah karpet. Kita pun nak tahu berapakah umur Suhaimi semasa peristiwa ini berlaku sehinggakan apa yang berlaku di rumah Datuk Harun  (Jalan Raja Muda) boleh disentuh.  Ini daripada bukulah.  Tahukah Suhaimi seingat saya, orang Melayu seluruh pelusuk tanah air dijemput dan di arah berkumpul di Jalan Raja Muda, Kuala Lumpur  pada Mei 1969.  Jangan sekali-kali menyalahkan Melayu dan juga menyalahkan Cina atau India. Ini ketentuan Allah.  Ada iktibar daripadanya. Ini adalah satu peringatan dan pengajaran,  jika pemimpin tidak perihatin terhadap susah senang kehidupan rakyat dan sentiasa bercakap dan memomokkan dengan isu-isu perkauman, padah menanti. 


Alhamdulillah, sejak setahun dua ini walaupun diasak dengan perkara menyentuh sensitiviti kaum dan agama, nampaknya rakyat faham bahawa tidak perlu mengikut rentak petualang yang mahu merosakkan perpaduan kaum yang telah dibina oleh Allahyarham Tun Abdul Razak ayahnda kepada perdana menteri 1Malaysia.

Kita tidak nafikan hubungan erat dua pemimpin negara  Allahyarham Tun Razak dan Tun Dr Ismail sewaktu sejarah hitam 13 Mei.  Bagi menjamin keharmonian kaum,  dari idea merekalah tertubuhnya Jabatan Perpaduan Negara (sekarang entah ke mana?).  Sekarang kerana mahu kekal berkuasa Umno cuba meruntuhkan pula perpaduan kaum dengan menakut-nakut orang Melayu kepada orang Cina (Cina DAP). Cina dari  MCA dan Gerakan dan lain-lain parti Cina komponen BN adalah baik-baik berlaka walaupun menghina agama Islam.  

Entahlah harap-harap hajat Datin Paduka Suhaimi untuk berbincang menjadi kenyataan dan moga-moga dapat menjemput sama profesor-profesor ternama yang mengesahkan Malaysia tidak pernah dijajah. 
 
Sementara itu apakah motif sebenar filem Tanda Putra ditangguh lagi penayangannya?. Mungkin menunggu waktu yang sesuai atau menunggu bersempena tarikh pilihan raya diumumkan? Sama-samalah kita tunggu.


No comments:

Post a Comment