IKLAN

Wednesday 28 November 2012

Walau Tulang Berkecai Kita Pertahankan Putrajaya, Pasti Akan Diulang Dalam Perhimpunan Agung Umno 2012

Blog Ping Tool
Pada 27 November Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah merasmikan persidangan tiga sayap Umno iaitu Wanita, Pemuda dan Puteri secara serentak. Dalam ucapannya tiada satu pun  yang berguna untuk parti Umno bahkan ucapan beliau adalah menyentuh berhubung dengan parti pakatan rakyat. Disentuhnya berhubung dengan DAP, PKR dan Pas yang tiada ikatan kerjasama dalam mentadbir negeri-ngeri yang dimenangi tersebut. Selepas membuat tuduhan-tuduhan liar Muhyiddin menyeru kepada Wanita, Pemuda, Puteri turun meredah ke mana saja ceruk rantau teruskan perjuangan semoga tuhan memberkatinya.

Semalam 28 November berjalanlah persidangan ketiga-tiga sayap tersebut didahului dengan ucapan dasar ketua sayap masing-masing. Datuk Seri Shahrizat Jalil memberi amaran tentang kemungkinan berulangnya tragedi berdarah 13 Mei 1969 jika Umno kehilangan kuasa selepas pilihan raya umum akan datang.  Itulah lagu ‘favourite’ Umno yang terpaksa dilagukan setiap kali perhimpunan mereka.  Inilah satu kenyataan yang tidak bertanggungjawab yang dilontarkan bertujuan untuk menakut-nakutkan orang Melayu. Seolah-olah beliau mahu menyatakan jika Umno kalah dan tidak berkuasa lagi maka Umno juga akan melakukan kekacauan seperti 13 Mei.  Shahrizat umpamakan peristiwa 13 Mei seperti barah dan meminta perwakilan mencari jalan mengatasinya (kenyataan bodoh). Sehubungan dengan kenyataan beliau ini pihak Pas telah membuat laporan polis terhadap beliau.

Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin ucapannya banyak menjurus kepada puji-pujian ke atas transformasi politik yang dialkukan oleh perdana menteri 1Malaysia, Dato Seri Najib. Khairy menyatakan Umno dan BN adalah parti sebenar yang memperjuangkan tadbir urus yang sempurna dan menentang rasuah (masuk bakul angkat sendiri).  Pujian terhadap Najib tersebut ada makna selain untuk mengingatkan “aku ini tak nak diberi jawatan ke?.

Sayap Puteri juga tidak lari daripada mengutuk pembangkang.  Isu Nurul Izzah disebut kembali lalu dikaitkan bersekali Anwar Ibrahim ‘bapa borek anak rintik”.  Beliau menyeru puteri tidak beremosi dalam menangani fitnah pembangkang berhubung dengan persepsi. Puteri Umno diingat tidak menggunakan emosi semasa berhadapan dengan serangan pembangkang terutama politik fitnah, sebaliknya mematahkan serangan itu dengan menggunakan fakta. Gunakan ilmu, kebijaksanaan dan kesabaran.

Hari ini 29 November tiba pula giliran Najib merasamikan Perhimpuan Agung Umno 2012. Beliau juga akan memasak telinga-telinga  perwakilan dan orang Melayu keseluruhannya berhubung dengan kuasa dan bahaya jika Melayu hilang kuasa. Dijangkakan ucapan dasarnya  tidak banyak yang menyentuh berhubung dengan memperbaiki serta mengembalikan kepercayaan Melayu untuk menyokong Umno sebaliknya akan digunakan kesempatan yang ada untuk menghentam pakatan rakyat.  Beliau akan meminta supaya bersetia kepada Umno, korbankan perasaan, tidak sabotaj parti atau calon-calon pilihan pucuk pimpinan. Akhirnya ‘walaupun tulang berkecai kita akan pertahankan Putrajaya.

Atau ikut saya terjun  dengan labu-labu. BIARKAN. BIARKAN.

No comments:

Post a Comment