Tokoh
Maal Hijrah 2009, Profesor Datuk Dr Sidek Baba mengatakan bahawa doa memohon
kehancuran terhadap Umno BN (KO) tidak sesuai dibaca kerana tidak pernah dibuat
oleh Nabi Muhammad s.a.w. Tambah beliau lagi tidak pernah berlaku orang Islam mendoakan kehancuran orang
Islam yang lain. Sidek mengatakan doa seperti
itu tidak patut ditujukan kepada Umno BN, ini kerana kerajaan BN tidak zalim,
sepatutnya dipohon kerajaan Umno BN sejahtera.
Asas
yang digunakan oleh Sidik Baba mengatakan kerajaan Umno BN tidak zalim ialah
terdapatnya anak-anak penyokong pembangkang turut diberi peluang belajar Universiti Islam Antarabangsa (UIAM). Itu saja?.
Sidek Baba (klik) yang dulunya menyokong Anwar
Ibrahim telah memutuskan hubungan dengan Anwar. Sebab utamanya menurut beliau
ialah kerana Anwar kini seorang pendokong fahaman liberal dan pluralisme agama.
Ianya bermula semasa Anwar memberi ceramah di London School of Economy beberapa
tahun lalu dan juga sokongan Anwar terhadap Yahudi dan Freemason.
Sebenarnya
Sidek tidak mahu lagi terlibat dengan gerakan reformasi Anwar. Beliau telah selesa dengan apa yang telah
diperolehi daripada Umno BN. Sebab itu
beliau akan lakukan apa sahaja untuk mempertahankan Umno BN. Biarlah Sidek Baba terjun dengan labu-labunya. BIARKAN. BIARKAN.
No comments:
Post a Comment