Perwakilan yang menghadiri Perhimpunan Agung Umno 2012 di
Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) yang berlangsung mulai 27 November hingga 1
Disember ini dinasihatkan (warning ler tu) tidak menyinggung sensitibiti
mana-mana pihak ketika membentangkan usul serta elakkan menyentuh isu-isu yang boleh dijadikan modal politik
oleh pihak pembangkang. Kenyataan
Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor “kita
minta perwakilan bertenang sedikitlah. Kalau
hendak sebut, sebutlah tetapi jangan menyakitikan hati orang lain”.
Awal-awal lagi perwakilan sudah kena ‘warning’. Agak-agaknya bagaimanakah pembahas-pembahas
mahu berucap. Sudah tentu dalam keadaan
berhati-hati. Teks yang disediakan 10 muka surat mungkin terpaksa dijadikan sependek
mungkin sekadar satu muka surat sahaja. Speaker Tetap mungkin diberi kuasa
penuh untuk menyekat perkara ini berlaku.
Mungkin diberi ‘button’ khas untuk dipicit apabila sesuatu isu sensitif
dikemukakan atau ada buzzer sound ‘tit…tit’
sebagai alat censure. Maka akan tercatat
di ‘hari ini dalam sejarah’ bahawa perbahasan perhimpunan Umno 2012 adalah yang paling
pendek sekali dalam sejarah. Elok juga,
tidak ramai yang tidur.
Jika begini keadaanya jelas sungguh parti Umno kini
menghampiri masa untuk ditalkinkan.
Mungkin lebih baik setiap perwakilan yang naik ke pentas hanya memperkenalkan diri masing-masing kemudian minta hadirin di PWTC ikut apa yang diperkatakannya,
“Hadirin sekalian ikut saya, Si Luncai terjun dengan labu-labunya” sambut “BIARKAN. BIARKAN.
No comments:
Post a Comment